Blog Review: DayangDeno

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

http://www.dayangdeno.blogspot.com/
http://www.dayangdeno.blogspot.com/

Blog Review untuk hari ini ialah blog milik Dayang norhidayah aka Deno yang diberi nama DayangDeno.

Sebelum bercerita tentang blog beliau, Sop kagum dengan Deno yang tabah mengharungi hari-hari beliau. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Sop lihat senarai ubat yang diambil pun telah gerun.

Blog DayangDeno adalah berkaitan dengan diri beliau dan berkongsi maklumat tentang kesihatan. Pengalaman yang beliau lalui dikongsi melalui blog dan boleh memberi maklumat kepada orang lain.

Blog Deno dari segi pemilihan template adalah menarik kerana warna yang dipilih sangat tenang mata memandang. Deluxe Template sememangnya menyediakan template yang baik dan banyak diubah dari WordPress kepada Blogspot.

Walaupun template dari Deluxe Template telah baik, pengguna masih boleh membuat setting supaya lebih mantap dan sesuai dengan pengguna.

Cadangan untuk blog Deno adalah seperti berikut:

  • Header - untuk memberi identiti kepada blog dan menjadikan blog lebih menarik.
  • Sidebar - boleh diseimbangkan supaya tidak terlalu jauh ke bawah
  • Widget - widget yang tidak beri manfaat kepada trafik perlu dikurangkan. Widget yang terlalu banyak akan memberatkan blog
  • Main menu - membolehkan kategori dipromosi dengan lebih mudah
  • Butang LIKE dan share - memberi peluang kepada pelawat untuk berkongsi ke laman sosial. Baik untuk trafik juga
  • Sitemap - adalah penting untuk SEO
  • Tajuk entry - Sop lihat ada entry yang menggunakan tajuk yang cukup ringkas. Tajuk penting untuk menarik pembaca. Guna ayat-ayat yang boleh menarik pembaca dan juga SEO.
Setakat itu sahaja cadangan daripada Sop. Rakan-rakan lain mungkin boleh beri cadangan?

Semoga Deno tabah dalam melalui hari-hari mendatang dengan semangat jitu. Teruskan menulis dan berkongsi. Semoga maju jaya buat Deno dalam dunia blogging.

Rakan-rakan, jom terjah blog DayangDeno!
Previous
Next Post »