16 September 2012

Blog review berehat seketika

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Adalah dimaklumkan bahawa blog review tidak dapat dikeluarkan buat masa ini kerana kekangan tugas. Sop tidak mempunyai ruang masa yang cukup buat masa ini untuk membuat review. Jika rakan-rakan mengikuti update entry dalam minggu pasti tahu kesibukkan yang Sop lalui.

Sebelum ini, Sop tidak bercadangan untuk mengeluarkan entry makluman ini kerana rasakan mampu membuat review tetapi andaian Sop silap. Sop tidak mampu :)

Blog review hanya boleh Sop buat disebelah malam kerana masa itu boleh membuat review terbaik. Berbeza dengan entry biasa yang hanya melaporkan sahaha berbanding dengan entry review yang perlu mengulas. Jika badan penat, masa tiada, tidak fokus pasti blog review tidak menjadi. Yang jadi hanyalah laporan blog sahaja bukan?

Kepada yang belum lagi direview, jangan kuatir kerana blog review akan dibuat dalam masa terdekat :)


EmoticonEmoticon