Azfar gatal-gatal kerana alergi

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pagi semalam kami dikejutkan dengan badan Azfar yang merah-merah kerana gatal. Mulanya ingat kerana digigit nyamuk sahaja tetapi apabila buka baju beliau, hampir keseluruhan badan ada tompok-tompok alergi tersebut.

Oleh kerana tidak tahan gatal, kami menyuruh Azfar mandi untuk kurangkan gatal. Selepas mandi sedikit kurang gatalnya tetapi selepas itu kembali gatal.

Kami mula mencari punca alergi tersebut dan tidak pasti kenapa. Sop tahu alergi biasanya berkaitan dengan habuk atau permakanan. Untuk itu, kamu cuba bersihkan bilik, tilam, bantal dan sebagainya.

Petang tersebut alergi masih belum kurang hilang. Ada petua tradisional yang Sop tahu ialah basuh dengan air garam tetapi tidak buat. Sop guna petua moden iaitu berjumpa doktor :)

Selepas makan ubat yang diberi doktor, alergi Azfar terus berkurangan dan hilang. Doktor sahkan badan Azfar gatal-gatal kerana alergi. Sama seperti andaian Sop. Boleh jadi doktor juga Sop rupanya. Hehehe

Pagi tadi, Azfar kembali muncul ruam gatal-gatal. Nampaknya kena bersih satu rumah kerana tidak pasti dari mana punca alergi tersebut. Azwar pula tidak kena!

Mungkin juga kerana habuk dari memasang karbibet dapur minggu lepas.

Ada pertua untuk bersihkan kuman alergi rumah?



Previous
Next Post »