09 September 2012

Apa yang sedang Sop pasang?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Apa agaknya yang sedang Sop pasang?
Telah 4 hari 4 malam Sop sedang usahakan pemasangan benda ini sehingga 2 malam entry blog review tidak dapat disiarkan. Bukan sahaja masa yang kehabisan tetapi juga badan yang sangat penat. Bila buka laptop, tidak terdaya untuk menulis sehingga hampir terlena depan laptop. Malam tadi pula selesai jamuan raya di rumah jiran, balik terus landing kerana pada siangnya telah satu hari memasangnya.

Agaknya apa benda yang susah sangat? Maklum sahaja seperti Sop nyatakan dalam entry sebelum ini, sebagai kontraktor yang tidak bertauliah mesti sukar bukan? Kalau kontranktor betul-betul pasti boleh pejam mata sahaja :)



EmoticonEmoticon