Songkok Raya 5"

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Sudah siap kemas rumah untuk Raya?

Alhamdulillah, Sop pun sudah selesai kemas mana yang patut kemas (Huhuhu)

Entry ini hanya hendak berkongsi kisah songkok pula selepas entry sebelum ini bercerita tentang baju raya.

Songkok jika dikira ada beberapa buah milik Sop tetapi jenis rendah sahaja. Songkok raya tinggi 5" sebelum ini sudah rosak. Sudah 5 tahun rasanya Sop pakai songkok tersebut untuk raya. Kali ini kena beli songkok 5" baru kerana songkok tersebut telah uzur :)

Tempat Sop beli songkok sebelum ini ialah di Pasar Jalan TAR, jadi tak tahu mana lagi songkok tinggi yang ada jual :)

Harga yang dapat kali ini juga murah. Jika dulu RM75 tetapi kali ini hanya RM55. Dapat murah sebab datang bertiga beli kot :)

Songkok rakan-rakan berapa inci? HEHEHEHE


Previous
Next Post »