Pengalaman mengguna talian Happy

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Adakah anda Happy?
Kalau anda happy tepuk tangan (merapu) hehehe

Sebelum ini selalu lihat iklan tentang Happy. Kalau balik kampung, iklan Happy memang meriah. Tetapi tidak pernah tahu dan guna pun (entry sebelum ini)

Macam mana prestasi Talian Happy?
Terbaek! Itu pendapat Sop pengalaman tentang talian Happy ini. Sop suka dengan sistem internet RM3 maksimum sehari. Pakai sampai lebam hanya RM3 sahaja.

Kelajuan juga sangat best. Liputan 3g di kampung Sop. Itu paling penting! Heehhehe Mana boleh terputus internet sekarang ini, lagi-lagi sejak jadi blogger tegar. Banyak emel-emel penting dan hendak menulis blog lagi :)

Tapi promosi Happy ini hanya untuk di Pantai Timur sahaja. Jika balik ke Kuala Lumpur, ia akan kembali kepada DiGi. Special sungguh penduduk Pantai Timur, bukan?

Bagi yang ingin maklumat lanjut mengenai Happy, sila layari www.happy.com.my

Nota kaki: Entry bukan iklan :)


Previous
Next Post »