26 August 2012

Penat dan mengantuk

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Salam Aidilfitri.


Sudah selesai beraya di kampung? Bagi yang memang berada di kampung tiada masalah kerana tidak perlu risau untuk balik ke bandar :) [apa merepek nih :)]

Sudah habis beraya 6? [baru betul kan?]
Tajuk pun penat dan mengantuk, pasti entry pun merapu-meraban juga.

Kenapa penat dan mengantuk Sop?
Sop baru sahaja sampai ke rumah petang tadi selepas selesai beraya dan kenduri di kampung Sop Terengganu. Penat masih belum hilang kerana perjalanan balik semalam pada jam 5.00 petang dan sampai di Bukit Gambar Resort City pada jam 10,30 malam. Ada kesesakan di Dungun menyebabkan trafik perlahan semalam. Pagi ini baru bertolak balik dari Bukit Gambang pada jam 9.00 pagi dan sampai di Kuala Lumpur jam 12,30 petang.

Masih belum berehat sejak dari balik kampung Selasa lepas. Di kampung Sop sibuk dengan urusan kenduri. Sudah habis kenduri, mengemas pula.

Buka laptop malam ini mata penuh mengantuk. Badan sakit-sakit walaupun masih muda. [muda ker?]
Oleh kerana beberapa tidak membuka laptop, kali ini buka juga walaupun kepenatan dan mengantuk, Mata pun terpejam-pejam sudah! Paksakan diri juga membalas komen dan balas blogwalking.

Terima kasih kepada semua yang datang singgah ke blop Sop :)

Hari ini tidak dapat membuat entry penuh sejak balik ke Terengganu. Hanya sempat membuat entry mengenai talian Happy sahaja yang mana ditulis menggunakan hand phone sahaja. Malam ini tidak larat untuk berkongsi aktivti di kampung. Banyak yang menarik juga :)

Oleh kerana sangat mengantuk, hanya sempat di sini yang boleh blogwalking balas yang meninggakan jejak BW.

Terima kasih kepada semua yang ada. Cerita penuh tentang balik ke kampung akan dibuat dalam entry akan datang :)


EmoticonEmoticon