09 August 2012

Menulis blog dwibahasa?

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.

Menulis blog mengikut kemahiran masing-masing. Ada yang menulis dalam Bahasa Malaysia dan ada Bahasa Inggeris. Ada juga yang rojak! Macam-macam ada!

Bagaimana penulisan dwibahasa pula?
Biasa jika di web atau portal terdapat plug in untuk menukar-tukar bahasa. Jika untuk blog, hanya Google Translater widget sahaja.

Apa yang Sop ingin ketengahkan adalah menulis blog dua bahasa dalam satu entry, hebat bukan?

Apa? Tiada yang sanggup buat?
Ada! Tidak percaya? Lawat blog http://3bittersweetlemon.blogspot.com/2012/08/raya-blossoms-in-pavilion-kl.html dan beberapa artikel lain yang beliau tulis.

Kenapa?
Kehendak advertorial kot! Hehehe

Apa yang Sop lihat di sini dwi bahasa memberi satu kelebihan kepada blogger. Bukan sahaja untuk advertorial tetapi untuk trafik Injin Carian. Dua-dua bahasa carian akan disapu bersih! Menarik bukan?

Namun Sop tidak mampu! Hendak tulis bahasa Inggeris memang lemah! Kalau tulis pun pasti grammar entah ke mana, ayat ke mana! Hehehehe

Bagi yang mampu menulis dwi bahasa, satu kelebihan kepada anda. Cuba try dan lihat hasilnya :)

Apa pandangan anda pula?


EmoticonEmoticon