Searching...
01 August 2012

Lampu kelip-kelip penghias malam bulan puasa

Wednesday, August 01, 2012
Lampu kelip-kelip
Selamat sejahtera kepada semua rakan dan salam Ramadhan.

Apabila bulan puasa, pasti entry banyak berkaitan dengan aktivit atau perkara bulan puasa bukan? Jadi, janganlah jemu membaca entry. Sana-sini blogger Islam akan menulis mengenai puasa dan paling banyak mengenai makanan. Jika terbaca masa siang hari, terasa lapar terus melihat gambar-gambar makanan yang dikongsi! Hehehehe

Selain menu dan juadah berbuka, banyak lagi perkara lain yang berkaitan dengan bulan puasa seperti bunga api, bazaar Ramadhan, baju raya, kuih raya dan sebagainya.


Bagaimana pula dengan lampu kelip-kelip? Sudah pasang?
Bagaikan satu kemestian pasang lampu kelip-kelip ini di rumah. Ia memberi suasana kemeriahan bulan Ramadhan dan menyambut raya nanti.

Tradisi memasang lampu kelip-kelip dalam keluarga Sop rasanya dari kecil lagi telah ada. Ayah Sop akan menggantung lampu di depan rumah dan akan mula memasangnya sampai habis terawih. Kebiasaan selepas 15 hari berpuasa, suasana akan lebih meriah kerana lebih ramai akan memasang lampu kelip-kelip ini. Suasana yang cukup ceria bukan?
Pelita tin susu
Jika dulu, pelita lebih banyak digunakan berbanding lampu kelip-kelip. Seronok sangat apabila dapat membuat pelita daripada tin susu. Zaman Sop kecil, banyak bendak dibuat dari barang terbuang dari membeli. Sekarang ini hanya beli pasang siap sahaja. Hanya masukkan minyak tanah dan tadaa! Pelita pun agak kurang digunakan. Jika di bandar, langsung tidak digunakan. Mungkin faktor keselamatan dan kebersihan.

Lampu kelip-kelip menjadi pengganti keceriaan kepada pelita sehingga ada lampu-lampu yang dibuat berbentuk pelita.

Lampu kelip-kelip rumah mertua

Untuk tahun ini, Sop belum lagi beli lampu kelip-kelip untuk dipasang di rumah. Tiada plug yang boleh sambungkan lampu di balkoni rumah. Susah juga hendak buat nih! Namun begitu, rumah mertua Sop telah mula pasang, jeles-jeles. Hehehehe


Anda sudah pasang lampu kelip-kelip belum?
Anda baru saja membaca artikel bertajuk Lampu kelip-kelip penghias malam bulan puasa dalam kategori Puasa / Ramadhan / Raya dari URL http://www.sop.name.my/2012/08/lampu-kelip-kelip-penghias-malam-bulan.html. Sila kongsi artikel ini kepada rakan melalui laman sosial di bawah.
  • comments powered by Disqus

    0 comments:

    Post a Comment