Ketupat daun palas (ketupat pulut)

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Ketupat pulut atau ketupat daun palas adalah sama. Ia bergantung kepada kawasan panggilan. Walau dimana sahaja ia dibuat atau panggilan yang diberikan rasa tetap sama sama ada di utara atau di timur.

Entry ini berikutan gambar yang dikongsikan oleh rakan di Facebook cara untuk membungkus ketupat daun palas atau pulut. Tidak ramai generasi sekarang yang tahu membuatnya tetapi ada yang makan pun tidak tahu (ada ker?)

Jika tanya pada Sop, mesti jawapannya tahu. Tahu makan sahajalah :) Kalau hendak buat sendiri, memang Sop mengaku kalah kerana langsung tidak tahu. Pernah cuba bantu mak Sop membungkus tetapi gagal. Akhirnya Sop hanya bantu potong dan buka daun palas sahaja. Nampak senang, tetapi sebenarnya susah!

Oleh kerana ramai yang tidak tahu membuat ketupat ini, maka ada yang menempah dengan jiran-jiran yang tahu membuatnya. Jika beli siap ketupat lebih mahal berbanding memberi upah membungkus sahaja. :)
Jika yang berminat hendak mencuba tahun ini, sempat lagi paktis berdasarkan gambar disertakan. Huhuhuhu

Cara buat Ketupat palas
Cara membungkus ketupat palas
Previous
Next Post »