26 August 2012

Cuti review blog kerana sibuk kenduri

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Salam Aidilfitri

Masih jauh perjalanan review blog kerana masih belum cukup separuh jumlah blog yang telah direview. Jumlah keseluruhan penyertaan ialah melebihi 50 blog. Penyertaan terpaksa diberhentikan buat sementara kerana jumlah telah sampai ke 60 buah blog. Jika setiap hari 1 blog direview, cukup 2 bulan keseluruhan blog akan selesai direview.

Sejak hari raya hingga raya ke 3 blog review berjaya dipublish melalui auto publish. Selepas itu, Sop tidak lagi buat review kerana kengkangan persiapan kenduri perkahwinan adik Sop. Badan cukup penat setiap malam :) Tidak sempat hendak buka laptop langsung. Buat 2 entry sebelum ini hanya menggunakan telefon sahaja.

Esok telah balik ke Kuala Lumpur dan boleh sambung kembali membuat review blog. Semoga boleh dihabiskan semua review dengan jayanya. Bagi yang belum membaca review, sila-sila baca.

Terima kasih kerana membaca entry ini.




EmoticonEmoticon