11 August 2012

Blog Review: Syuhada Salleh

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Sudah baca semua Blog Review dari blog ini? Klik sini untuk melihat senarai :)

Syuhada Salleh
Blog Syuhada Salleh

Blog Review diteruskan lagi dengan blog Syuhada Salleh iaitu salah seorang Geng Terjah untuk segmen Blog Review ini.

Pertamanya Sop nak ucapkan tahniah kepada Syu yang berjaya menggunakan domain .MY. Beli semasa promosi ker? Hehehe Penggunaan domain berbayar yang mantap dan beri identiti yang baik.

Pertamanya Sop ingin memohon maaf awal-awal jika banyak teguran yang Sop buat pada blog Syu :) [macam banyak jer? kasi gempak dulu.. hehehe]

Sebelum ulasan template, kita lihat dulu dari segi penulisan. Hasil tinjauan, Sop lihat Syu banyak sertai segmen dan peraduan. Sangat aktif bukan? Oleh sebab itu, kelihatan entry peribadi agak kurang. Apabila menggunakan domain peribadi, lebih sesuai memperbanyakkan entry peribadi atau berkaitan. Lagi pun, pelawat akan bosan jika banyak entry yang berkaitan dengan segmen dan kontest kecuali jika Syu ingin jadikan blog ini sebagai blog segmen dan kontest [jangan marah yer.. hehehe] Sebaiknya Syu selang-seli dengan entry peribadi, Sop rasa lebih menarik :)

Ulasan template, Sop ingin rumuskan seperti berikut {boleh?}

  • Teks agak tenggelam dengan background yang fancy. Apa Syu boleh buat ialah dengan menggunakan main-entry transparent backgoud 50%. Maknanya warna latar entry ada background sepatuh transparent.
  • Susunan widget boleh diperbaiki. Widget follower sebaiknya diletak di sidebar atau bawah untuk mempercepatkan loading page blog, ruangan iklan diletak tempat sesuai, 
  • Header yang digunakan ada identiti tersendiri. Boleh ditambah dengan URL di bawah nama blog tersebut :)
  • Setiap blog, sebaiknya ruangan entry [main entry] sepatutnya menjadi tumpuan utama. pembaca perlukan keselesaan membaca dan mudah.
  • Footer boleh dimafaatkan untuk memasukkan lebih banyak widget dan lebih mudah untuk menyusun 

Blog Syuhada Salleh juga sedikit berat kerana jumlah imej yang terlalu banyak pada blog (banner iklan) dan link yang banyak. Sila timbang blog di sini.

Apa yang Sop nyatakan di atas hanya cadangan dan berdasarkan pendapat Sop. Mungkin pandangan Sop berbeza dengan pandangan Syu dalam penilaian di atas. Paling utama sebuah blog adalah kepuasan diri sendiri. Jika sesuatu perkara itu memberi kepuasan, pastikan kita kekalkan. Contoh orang yang suka warna terang, tetapi ada juga yang suka warna lembut. Kedua-dua bergantung kepada pilihan sendiri, bukan?

Semoga Syu terus sukses dalam dunia blogging. Sop boleh lihat usaha-usaha yang Syu buat sekarang.

Jom kita tanya pendapat rakan yang sudah melawat blog Syuhada Salleh pula!


EmoticonEmoticon