29 August 2012

Blog Review: Pondok Kecil

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria selalu bersama mereka yang tersayang :)

http://pondokkecil.com
http://pondokkecil.com

Review kali ini ialah mengenai blog Pondok Kecil. Nama blog yang unik dan menarik. Agaknya bagaimana saudara Hafizul boleh dapat nama blog ini? [ce citer? hehehe]

Owner blog Pondok Kecil ini seorang yang aktif dalam dunia blogging. Sop lihat banyak komen-komen beliau di banyak blog. Kira seorang aktif dalam penulisan dan juga blogwalking. Tahniah!

Pandangan Sop tentang blog Pondok Kecil ialah sebuah blog yang menarik dari segi keseluruhan. Dari segi blog, Sop boleh lihat Saudara Hafizul telah mendalami semua ilmu blogging. Banyak yang beliau tahu dan kemungkinan besar lebih banyak ilmu dari Sop.

Template yang digunakan berbentuk ringkas (minimalis) pasti memberi kelebihan kepada sesebuah blog. Walaupun ringkas tetapi padat dengan susunan yang menarik. Header yang dibina juga lengkap dengan keperluan asas dan identiti.

Penggunakan platform WordPress juga memberi banyak kelebihan kepada sesebuah blog. Banyak plugin yang boleh digunapakai.

Ingin melihat rumusan oleh Woorank? Sila lawat di sini. Sop suka dengan analisis Woorank kerana banyak cadangan dan analisis yang diberikan walaupun tidak semua yang perlu. Sekurang-kurangnya memberi idea kepada kita untuk penambahbaikkan.

Cadangan yang boleh Sop bagi ialah seperti berikut:

  • favicon - untuk menambah identiti kepada blog
  • related post - untuk promosi entry yang berkaitan
  • masukkan robot.txt file
  • teruskan menulis untuk membanyakkan entry
Secara keseluruhan, tiada apa lagi yang perlu penambahbaikkan dari segi template dan setting. Teruskan menulis dan kekal aktif dalam dunia blogging :)

Apa pula pendapat rakan-rakan? Setuju dengan pendapat Sop? Jom terjah ke blog Pondok Kecil.


EmoticonEmoticon