13 August 2012

Blog Review: DaddyDee.net

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria dan sihat selalu :)

DaddyDee.net
Blog DaddyDee.net
Entry ini adalah entry serampang 2 mata iaitu entry untuk segmen Blog Review dan penyertaan GA blog DaddyDee.net. GA ini juga adalah berkaitan dengan blog review dan DaddyDee juga sertai segmen Sop [pening sudah ayat ni]

Siapakah DaddyDee? Lowyer, Majestret, Doktor? [ahli muzik! jeng jeng jeng!]
Yang sebenarnya ialah:

I’m Zaidi a.k.a daddydee, the owner, administrator and writer of http://www.daddydee.net.

Daddydee.net is just my personal blog to share everything from parenting, sport, motivation, management, gadget, photography, tips and etc. All writing just my own opinion and you all are welcome to leave you own opinion here. We are open, we are friend, sharing each other to be better and better.


Tak kenal maka tak cinta. Sop perkenalkan dulu owner blog ini sebelum review lebih jauh. Sop un baru berkenalan dengan owner DaddyDee.net ini sejak beliau menyertai Blog Review Sop :)

Setelah direview oleh Sop, berikut adalah rumusannya [penganjur tidak letakkan kriteria untuk dipilih pemenang, jadi Sop andaikan penganjur mengharapkan cadangan dan pendapat tentang blog beliau. Bukan sekadar memberi review, bukan?]

Penulisan
Penulisan oleh DaddyDee tidak boleh disangkal lagi mempunyai identiti dan originaliti. Ini kerana penulisan menggunakan pengolahan ayat sendiri. Perkara yang perlu dilakukan oleh setiap blogger. Mencari identiti blog melalui penulisan. Identiti penting untuk menjadi penjenamaan dan akan memudahkan orang ingat tentang blog kita.

Penggunaan gambar dalam entry juga menjadikan entry lebih menarik. Boleh masukkan gambar-gambar berkaitan jika tiada gambar khas. Contoh entry untuk GA ini, jika boleh diadakan banner GA, mesti lagi menarik bukan? [setuju? sila angkat kening 3 kali.. hehehe]

Template blog
Pemilihan template memang menarik iaitu simple dan elegant. Template WordPress (WP) memang banyak yang cantik dan hebat. Jadi tidak susah untuk mencari yang hebat-hebat. Malah, banyak template dari blogspot diubah dari template WP. Sedikit cadangan dengan template blog DaddyDee.net ialah header boleh dimantapkan lagi kerana kurang sesuai dengan template. Boleh dijadikan lebih PRO dan sebati dengan blog.

Komen
Sistem komen WP boleh dipasang dengan auto reply dan info reply terus ke emel. Sistem ini bantu memberi trafik kembali dan maklumat kepada pelawat yang meninggalkan komen. Kadang kala pelawat tinggalkan komen memerlukan jawapan dan jawapan boleh terus dapat ke dalam emel. Untuk kemungkinan untuk cari balik entry dan mendapat komen replay mesti rendah peratusnya bukan?

Penggunaan kata diri "Tuan" pada setiap komen reply menjadikan blog DaddyDee.net sangat formal. Macam blog kerajaan pulak [jangan marah deh] Mungkin DaddyDee ingin bentuk identiti tersendiri? :) Tips untuk identiti blog boleh baca di sini.

Sitemap
Bukan sahaja untuk SEO tetapi untuk memudahkan pelawat yang ingin melihat keseluruhan entry blog. Ingin tahu apa itu sitemap dan kenapa perlu sitemap, sila lawat di sini. Ia berkaitan dengan Googlebot dan crawls :)

Widget
Penggunakan widget sangat kemas dan baik terutama di sidebar. Cuma di footer tidak digunakan sepenuhnya. Mungkin boleh dimasukkan widget follower atasu sebagainya.

Menu utama
Menu utama merujuk kepada menu atas yang mana sangat membantu untuk menyenaraikan entry melalui kategori. Ia membantu untuk promosi kategori dan menambah navigasi ke entry ke entry yang lain. Lagi lama pelawat singgah dan baca entry blog kita, lebih banyak kelebihan kepada blog. Dalam blog review Sop banyak dinyatakan. Jom baca di sini.

Trafik
Setakat ini, trafik DaddyDee.net adalah mantap. PR2 yang diberikan oleh Google menjadi pembakar semangat untuk terus berblog. PageRank bukan segala-galanya tetapi memberi makna juga :)

Setakat itu sahaja rumusan yang boleh Sop berikan kepada blog  DaddyDee.net. Cadangan dan pendapat adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan diri Sop yang tidak seberapa ini. Jika ada tersalah atau terkurang, mohon dimaafkan kerana mana yang lebih adalah daripadaNya dan mana yang kurang adalah kelemahan diri Sop sendiri. Terima kasih

Nota kaki: Blog review agak berbeza daripada review yang lain kerana entry sertai GA DaddyDee.net :)

Bagi yang ingin sertai GA oleh DaddyDee.net, sila lawat di sini untuk maklumat lanjut. Hadiah menarik untuk dimenangi :)
-----------------------------------------------------------------------
‘Giveaway Pertama daddydee.net tajaan bersama pondokkecil.com. ‘


EmoticonEmoticon