31 August 2012

Blog Review: Coretan Hati

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria dan sihat selalu :)

http://farhah88.blogspot.com/
http://farhah88.blogspot.com/

Blog Review untuk hari ini ialah giliran blog Cik Violet yang diberikan nama Coretan Hati. Jika dilihat kepada nama blog, pasti kita boleh mengagak kategori blog ini. Cik Violet telah lama sertai blogger iaitu telah didaftarkan pada tahun 2008 lagi tetapi blog Coretan Hati bermula pada tahun 2009. Jika ingin melihat profile Cik Violet, sila lawat http://www.blogger.com/profile/08966166727553576401

Blog Coretan Hati menggunakan tema warna pink. Tidak hairan jika ramai blogger perempuan yang menggunakan warna pink kerana warna yang cukup ceria dan memberi suasana sopan kepada blog [betul ka?] Sop suka dengan pemilihan warna dan adunan warna yang digunakan oleh Cik Violet. Susun atur blog Coretan Hati juga kemas dan tersusun. Tahniah diucapkan kepada Cik Violet :)

Header yang digunakan sangat comel dengan gambar kartun muslimah yang memegang bunga. Ada keunikan dan identiti tersendiri.

Beberapa aspek boleh diperkemaskan lagi oleh Cik Violet berdasarkan pandangan Sop iaitu seperti berikut:

  • Penggunaan read more membantu memendekkan paparan blog muka hadapan. Adalah sukar apabila pelawat terpaksa scrole jauh ke bawah pada page utama. Ada pelawat yang tidak suka dengan paparan yang jauh panjang ke bawah.
  • Penggunaan title swap memberi kelebihan kepada SEO
  • Memasukkan main menu atau menu tepi untuk ke halaman tertentu
  • Memasukkan butang LIKE Facebook dan Social Sharing ke dalam blog. Sosial sharing sekarang ini sangat penting, bukan sahaja untuk trafik tetapi untuk PageRank juga
  • Aktif menulis kerana semua tahu nadi utama kepada blog ialah entry. Pastikan tajuk entry menarik dan mempu menarik pelawat untuk membancanya
Kepada rakan-rakan, sila terjah blog Coretan Hati dan beri pendapat atau cadangan. Cik Violet pasti inginkan cadangan dan pendapat anda untuk penambahbaikkan.

Jom terjah sekarang!


EmoticonEmoticon