21 August 2012

Blog Review: Cerita Dari Hati

blog Cerita Dari Hati
Blog Cerita Dari Hati

Selamat Hari Raya kepada semua rakan. Moga ceria-ceria bersama keluarga tercinta.

Blog Review hari ini adalah giliran blog Cerita Dari Hati. Blog yang Sop kenali sejak sertai sebuah forum yang mana Eca sangat aktif di situ [Sop hanya aktif suam-suam kuku jer.. hehehe]

Siapa Eca?
Eca ialah pemilik blog Cerita Dari Hati. Maklumat lanjut Eca boleh di lawat di sini. Ada yang sudi berkenalan kot? Beliau seorang yang sangat aktif berblog dengan pengeluaran entry yang banyak dan kerap [rajin update yer, bagus-bagus - tepuk tangan] Tidak percaya, sila lawat sitemap blog beliau. Bukan itu sahaja, Eca juga sangat rajin blogwalking dan meningkalkan komen. [tepuk tangan lagi + sengih]

Alamak, terlebih sudah bah. Sepatunya review blog, bukannya review pemilik blog [garu kepala hehehe]

Dari segi template, Sop tidak mahu ulas panjang kerana Eca sendiri seorang auditor template blog. Jika ada rakan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Eca, sila klik sini untuk maklumat penuh. Namun apabila tempahan ubahsuai banyak, blog kita pula tidak terbuat, bukan? Macam tukang jahit, sibuk jahit baju orang, last-last baju sendiri beli kat kedai jer.. hehehe

Paling menarik di blog Cerita Dari Hati ialah ruangan tutorial dan tips yang dikongsi oleh penulis blog. Banyak info yang boleh diperolehi oleh pembaca untuk memantapkan blog. Maklumat lanjut untuk tips/tutorial, sila lawat di sini.

Oleh kerana Eca sendiri geng terjah segmen Blog Review ini, rasanya tiada apa yang Sop hendak komen. Sebab Eca sendiri boleh memberi komen yang baik kepada blog peserta yang sertai blog review. Bila boleh memberi pandangan pada blog lain, ini bermakna Eca sudah tahu keperluan-keperluan sesebuah blog. Tak gitu Eca?

Komen Sop, teruskan berblog kerana Sop percaya Eca telah ketemui manisnya berblogging :)

Rakan-rakan dijemput untuk melawat ke blog Cerita Dari Hati. Jangan lupa follow tau :)


EmoticonEmoticon