14 August 2012

Blog Review: Aku Budak Felda

Aku Budak Felda
Blog Aku Budak Felda

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Segmen review diteruskan dengan blog seterusnya iaitu Aku Budak Felda. Nama blog yang cukup unik! Mula Sop ingat blog ini pasti bercerita mengenai Felda atau sewaktu dengannya tetapi sangkaan Sop silap. Blog informasi lebih dari maklumat Felda. Nama blog digunakan untuk menunjukkan beliau adalah anak Felda [mesti bangga bukan?]

Jika ingin mengenali lebih lanjut mengenail owner blog Aku Budak Felda, sila lawat di sini.

Pada pandangan Sop, penulis blog Aku Budak Felda bukan sebarangan blogger. Sebelum memulakan diri sebagai blogger, mesti banyak ilmu yang dikumpul terlebih dahulu sebelum bergiat aktif menjadi blogger. Oleh sebab itu, pemilihan template, setting blog, olahan entry semua telah mantap. Dalam masa 2 bulan sahaja, blog Aku Budak Felda telah mendapat PR2. Pencapaian yang sangat hebat pada pendapat Sop :)

Kalau semua telah mantap, apa lagi yang boleh Sop komen bukan? Malah penulis Aku Budak Felda mampu memberi blog review yang baik kepada blogger lain [lihat sini] Patut review blog Sop juga nih! Hehehe

Oleh itu, Sop lebih memperkenalkan blog Aku Budak Felda kepada rakan-rakan. Mungkin ada yang belum pernah terjah, bukan?

Bagi tidak menghampakan owner blog Aku Budak Felda [mungkin ingikan pendapat juga bukan?], berikut adalah cadangan penambahbaikkan kepada blog Aku Budak Felda:

Template thesis amat mementingkan kelancaran blog dan oleh sebab itu, ia dibuat sangat simple. Kelajuan loading memberi peranan dalam SEO. Namun boleh diadakan header untuk membentuk identiti blog. Penggunaan header yang ringkas tidak memberi kesan kepada kepantasan loading blog.

Boleh dimasukkan gambar dalam summery blog (paparan utama) kerana menjadikan blog lebih menarik. Pengunjung suka dengan gambar-gambar dan boleh menarik pembaca untuk membaca entry. Jika terlalu ringkas, boleh akan dilihat terlalu pudar juga [bukan?]

Apa yang kurang hanya konten sahaja sekarang ini. Blog baru berusia 3 bulan, mesti lah kurang bukan? bayangkan kalau 3 tahun? Mesti lagi meletup! [senyum]

Selain dari itu, tiada lagi yang boleh dipertikaikan dengan blog Aku Budak Felda. Kalau berkaitan dengan SEO, lagilah penulis blog Aku Budak Felda lebih maklum kerana semua rakan-rakan rapat adalah kaki-kaki SEO. Oleh sebab itu, blog juga boleh dikategorikan sebagai blog SEO :)

Kepada rakan-rakan dan geng terjah, jom singgah ke blog Aku Budak Felda. Pakat ramai-ramai bina kenalan dan rangkaian blogger. Jika hendak minta ilmu dengan penulis blog Aku Budak Felda, pun apa salahnya... kan bro? Hehehehe

Terima kasih kerana membaca entry review ini :)


EmoticonEmoticon