07 July 2012

Tolong LIKE Fan Page SOP.NAME.MY

Fan Page Sop Nama Saya
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat dan ceria selalu bersama keluarga :)

Facebook Fan Page SOP. NAME.MY baru sahaja dibina dan dimasukkan ke dalam blog. Dulu pernah bina untuk blog Riwayat Hariku tetapi tidak diguna kerana tidak tahu fungsi fan page tersebut. Oleh itu, fan page tersebut hanya sekadar dibina sahaja.

Baru-baru ini, Sop dihubungi dari emel tentang mendapat info blog untuk tujuan pengiklanan. Beliau hanya perlukan maklumat untuk dibentangkan kepada client. Dihubungi pihak pengiklan selepas domain ditukar bukan masa yang baik kerana kedudukan domain baru sangat lemah. Semua entry sebelum ini diindex oleh injin carian telah hilang apabila bertukar domain baru. Oleh itu, trafik jatuh mendadak! Untuk kembali mendapat prestasi, beberapa bulan atau beberapa tahun diperlukan kembali. Seperti domain gnesop.com, ia telah dijenamakan selama 5 tahun :) Harap-harap domain sop.name.my boleh disingkatkan prestasinya :)

Maklumat trafik yang boleh disampaikan kepada pengiklan pasti rendah. Bayangkan jika dibentangkan kepada client, pasti tidak menjadi pilihan bukan?

Antara perkara yang diminta dalam proposal tersebut ialah jumlah LIKE Fan Page. Hah! Sop tiada fan page! Rupanya jumlah fan page juga menjadi kriteria. Dari situ Sop bercadang untuk membina juga Fan Page SOP.NAME.MY walaupun tiada peminat. [Huhuhuhu]

Harap rakan-rakan sudi untuk LIKE Fan Page tersebut yang Sop letak di bawah blog ini. Walaupun bukan peminat blog Sop, tolong menolong adalah amalan mulia kan? [Ayat bodek] Jika perlu, boleh berbalas pantun LIKE. Pastikan tinggalkan fan page atau blog anda untuk berbalas LIKE :)

Nak LIKE dari sini pun boleh :)

Fan Page | LIKE Please


EmoticonEmoticon