Samsung Galaxy Note 2 - Oktober ini

Adakah seperti ini nanti Galaxy Note 2?

Setiap keluaran telefon atau tablet pasti akan ada kesinambungan naiktaraf sekiranya model tersebut mendapat sambutan. Sekiranya tidak, pasti akan berhenti setakat itu. Perkara ini boleh dilihat sejak dari Galaxy S dan keluarga Galaxy lain. Setiap keluaran terbaru akan ditambah baik :)


Hasil tinjauan Sop dari laman-laman yang bercerita tentang Galaxy Note 2 ini, design yang mungkin akan dikeluarkan sama seperti Galaxy S3. Bentuk Galaxy S2 lebih petak dan sama dengan Galaxy Note, oleh itu kemungkinan Galaxy Note 2 akan berbentul lebih bulat dihujungnya.


Tiada siapa masih tahu design sebenar dan kebanyakkan hanya gambaran, tekaan dan imaginasi penulis sahaja.


Namun dari segi ciri keupayaan telah diberi secara umum dan masih diperingkat rahsia Samsung. Kejutan oleh pihak Samsung! Huhuhuhu

Telefon pintar yang juga digunakan sebagai tablet komputer ini layarnya lebih besar berukuran 5.5 inci menggunakan sistem operating terkini android 4.1 Jelly Bean . Selain itu ia mempunyai layar resolusi super tinggi 1680x1050.

Samsung Note 2 dilengkapi dengan kamera 12-megapixel dan prosesor quad-core.

Teknologi tiada tandingnya itu disebut-sebut mengalahkan produk Apple. Pada Ketika ini, Samsung masih merahsiakan kelebihan lainnya dari Samsung Note 2 itu. Telefon pintar tersebut dijangka akan dipasarkan pada bulan Oktober.

Nota kaki: Baru sahaja merasa pakai Samsung Galaxy S3 :)
Previous
Next Post »