20 July 2012

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa



Salam Ramadhan kepada semua rakan yang beragama Islam.

Ramadhan yang dinanti kini tiba,
Hati gembira teruja pun ada,
Semoga amalan diberkati hendaknya,
Sama-sama beramal dibulan mulia.

Ramadhan tiba terawikh bermula,
Jangan dilupa bersahur juga,
Niat sebulan memudahkan kita,
Takut terlupa tidak sengaja.

Pasar Ramadhan sudah tersedia,
Pelbagai juadah untuk berbuka,
Beli di situ, beli di sana,
Jangan sampai membazir sahaja.

Berpuasa menahan lapar dan dahaga,
Jaga pertuturan, jaga mata,
Kita berpuasa semua perkara,
Baru penuh pahala berpuasa.

Beramal ibadat setiap masa,
Agar mendapat pahala berganda,
Bersihkan hati bersihkan jiwa,
Semoga amalan kita diterima.



Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa dari Sop dan keluarga,


EmoticonEmoticon