22 July 2012

Refleksi Ramadhan - Hari Pertama

Salam Ramadhan kepada semua rakan yang beragama Islam.

Alhamdulillah, ketemu lagi Ramadhan untuk tahun ini. Kita patut bersyukur kerana tidak semua bertuah masih dipertemukan dengan Ramadhan lagi. Bulan yang penuh rahmat dan kemuliaan.

Sahur
Pagi tadi Sop bersahur dengan lauk ala kadar sahaja. Mrs Sop telah memasak lauk sardin dan telur dadar. Seperti biasa, pada pemulaan sahur pasti kurang berselera bukan? Mood bersahur belum lagi melekat. Selepas beberapa hari nanti, pasti bertambah nasi semasa bersahur :) Puasa bermula pada hari Sabtu, selepas bersahur dan solat subuh, boleh berehat-berehat sahaja. Kebetulan Baby Auni pun terjaga awal pagi, boleh melayan karenah Baby Auni :)

Berbuka Puasa
Hari ini tiada aktiviti yang dilakukan. Hari pertama berpuasa rasa sedikit penat. Biasa makan 4 atau 5 kali sehari, bila kurang makan rasa pula lemah. Hanya sempat urus sedikit sahaja aktiviti rumah. Banyak berehat pula hari ini. Dengan suasana hujan petang tadi, lagi rasa mengantuk!

Hari ini tidak ke Pasar Ramadhan. Minggu-minggu pertama pasti akan dipenuhi pengunjung. Makanan jika lewat pasti akan habis. Semua teruja untuk membeli juadah berbuka, semua nampak sedap bukan?

Menu berbuka hanya ala kadar. Tadi kami ke Restoran Rasa Omak Den Danau Kota untuk membeli sedikit lauk dan kuih. Sop biasa hanya berbuka dengan kurma dan terus makan nasi. Rutin sejak kecil bila berbuka :) Sungguh nikmat berbuka bukan? Alhamdulillah

Terawih
Alhamdulillah, Sop dapat menunaikan solat terawih malam ini. Semalam tidak kesempatan kerana balik dari kerja telah sangkut hujan lebat di rumah mertua. Bergegas balik ke rumah untuk solat terawih tetapi jalan pula penuh sesak. Sop hanya bersolat terawih di bawah rumah. Ramai juga penghuni yang turun tetapi warga asing lebih ramai. Selepas rakaat 8, hanya warga asing yang tinggal kecuali Sop.

Malam ini peroleh pengalaman baru berterawih dengan iman warga asing (Pakistan mungkin). Iman kita biasanya selepas 4 rakaan akan membaca doa tetapi mereka tidak. Sunnat Witir juga sedikit lain yang mana terus 3 rakaan dan ada takbir selepas rakaat kedua.

Alhamdulillah juga kerana berjaya melawan nafsu untuk meneruskan solat sunat terawih sehingga 20 rakaat. Iman membaca surah yang panjang tetapi laju. Sop mampu bertahan sehingga akhir walaupun ada masanya rasa sangat mengantuk. Solat sunnat terawih tamat pada jam 10.30 malam. Semoga Sop berjaya meneruskan terawih pada malam-malam seterusnya, amin.

Bagaimana Ramadhan anda? Ada perkara menarik hari ini?


EmoticonEmoticon