23 July 2012

Motorola RAZR MAXX kuasa maksimum

Sop pernah lihat papan iklan di jalan dan sangat unik. Ia memamparkan bateri yang yang panjang memberi makna bateri yang tahan. Bateri menjadi isu utama pengguna telefon pintar sekarang ini yang mana hanya boleh bertahan beberapa jam penggunaan. Jika guna sedikit dan standby boleh tertahan sehingga petang. Rata-rata pengguna telefon pintar akan membawa charger ke mana-mana sahaja seperti pejabat untuk sentiasa dicas.

Kalau telefon pintar boleh bertahan setengah hari penggunaan (12 jam), kira bagus tu :)
Samsung Galaxy S3 pun tahan 4 - 5 jam sahaja penggunaan.
Nak jimat? Jangan guna.. Heheheh

Motorola Razr
PENGGUNA telefon pintar kini boleh berbual dan melayari Internet dengan lebih lama tanpa perlu runsing kehabisan bateri pada gajet mobiliti mereka.
Ini kerana, produk selular terbaru yang diperkenalkan Motorola menerusi model RAZR MAXX mempunyai kelebihan kuasa sehingga 17 jam hanya dengan sekali cas.
Menurut Pengurus Negara Peranti Motorola Mobility Asia Tenggara, Ankur Bhandari, kehebatan kuasa bateri itu menjadikan model tersebut berada dalam kelasnya tersendiri.
‘‘Kelebihan seumpama ini pasti dinantikan oleh kebanyakan pengguna selain rekaannya juga bergaya dan menarik,’’ katanya pada pengenalan model itu di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini. (Utusan)


EmoticonEmoticon