Menonton wayang Madagascar 3

Sudah menonton filem Madagascar 3?

Filem kegemaran Azfar dan Azwar sejak yang pertama lagi. Filem animasi yang menyeronokkan dan sesuai untuk tontonan semua.

Agak lama tidak menonton wayang, maklum sahaja Baby Auni nasib kecil, agak sukar untuk menonton dengan bayi. Mana tahu tiba-tiba dia beragam, susah pula hendak menonton. Azfar dan Azwar.sentiasa memohon untuk menonton filem kegemaran mereka tetapi keadaan tidak mengizinkan. Beberapa filem kegemaran Sop juga terlepas dari tontonan.

Semalam kali pertama mencuba menonton dengan membawa Baby Auni bersama. Jika semasa menonton Baby Auni mengamuk atau macam, kami akan keluar dari panggung. Semua berjalan lancar, Baby Auni tiada masalah semasa menonton.

Madagascar 3 filem yang sangat seronok untuk ditonton oleh semua golongan, sangat menghiburkan. Pada pendapat Sop, semua perlu bawa anak-anak menonton cerita ini. Ini kerana bukan anak-anak sahaja yang gelak, tetapi ibubapa turut gelak ketawa bersama-sama menonton cerita ini.

Tidak pernah lagi sebelum ini Sop tengok wayang kanak-kanak gelak berdekah-dekah kecuali orang dewasa. Kami bukan sahaja ketawa melihat kelucuan cerita Masagasca 3 tetapi lucu mendengar kanak-kanak ketawa berdekah-dekah. Azfar dan Azwar ketawa tidak ingat dunia juga!

Madagascar 3 adalah terbaik dari ketiga-tiga filem ini!
Previous
Next Post »