Restoran Kopi Club, Plaza Low Yat

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria bersama keluarga :)

Pernah singgah ke Kopi Club di Tingkat Bawah Plaza Low Yat?

Sop baru pertama kali singgah walaupun sudah biasa ke Plaza Low Yat. Agak jarang ke Plaza Low Yat bersama keluarga. Maklum sahaja, bukan tempat untuk keluarga meronda, tetapi jika dengan rakan pejabat selalu untuk mencari barang komputer. Jika dengan rakan, Sop selalu ke kedai di Plaza Imbi kerana boleh merokok :)

Seperti dalam entry sebelum ini, kami ke Plaza Low Yat untuk beli Galaxy Note Mrs Sop. Semasa perjalanan balik, baru kami singgah ke Kopi Club untuk makan tengah hari.

Kopi Club yang berkonsep kopitiam ini menyediakan pelbagai jenis makanan untuk pengunjung. Sop memilih menu set nasi indosiam, roti bakar dan telur separuh masak.

Makanan yang kami pesan adalah sedap. Makanan lain belum tahu, kena Sop cuba baru boleh bagi komen, bukan? Huhuhuhu.. Nasi Indosiam kelihatan kosong sahaja iaitu ikan goreng, sayur bendi dan kicap tetapi begitu menyelerakan. Ini kerana ikan gorengnya cukup segar dan garing. Dicicah pula dengan kicap bawang, memang menyelerakan. Teringat zaman kanak-kanak dulu yang mana makan nasi panas, ikan goreng panas tambah kicap :)

Keduanya Sop suka dengan kopi ais yang dipesan. Pekat dan secukup rasa :)

Restoran Kopi Club juga sangat selesa, bersih dan servis sangat baik.

Kos untuk menu yang kami pesan ialah RM30.70 sahaja.

Kepada yang ke Plaza Low Yat, bolehlah singgah ke Kopi Club untuk menjamu selera :)












Previous
Next Post »