05 July 2012

Glory Beach Resort, Port Dickson Tahun 2012

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria dan sihat selalu :)

Bagunan Apartment Glory Beach Resort, Port Dickson 

Sop masih berada di Glory Beach Resort, Port Dickson yang mula sampai di sini pada hari Selasa. Agak sibuk dengan tugasan sehingga tidak sempat hendak membuat update tentang Port Dickson.

Pernah singgah ke Glory Beach Resort, Port Dickson?
Sop telah beberapa kali singgah ke hotel ini [entry terdahulu]. Pada awal datang ke Glory Beach Resort, Port Dickson ini, amat teruja kerana pada masa tersebut hotel Glory Beach Resort, Port Dickson antara yang ternama juga. Hotel yang boleh dikatakan selesa dan menjadi tumpuan pelancong dan kumpulan kursus.

Glory Beach Resort, Port Dickson pada tahun 2012 agak kelihatan agak suram. Adakah kerana semakin ditelan zaman?
Pada pendapat Sop, maintenance dan penjagaan Glory Beach Resort, Port Dickson semakin kurang. Kelihatan Glory Beach Resort, Port Dickson semakin usang dan banyak ruang-ruang semakin teruk.

TV sudah boleh upgrade ke LCD kan?
Dari segi apartment, kelihatan bilik air semakin uzur. Pembaikkan yang dibuat tidak kemas dan beberapa perkara tidak terjaga. Ada peralatan yang agak uzur seperti almari, katil, TV dan sebagainya. Sofa dan meja makan kelihatan telah ditukar baru :) Dari segi bangunan aparment, banyak ruang-ruang yang kelihatan usang juga.

WiFi hanya boleh didapati di ruang lobi secara percuma tetapi untuk dewan dan bilik mesyuarat, perlu berbayar. Di bilik masih tidak boleh menerima isyarat WiFi. Kemudahan yang sangat diperlukan blogger iaitu internet. Jika mobile network 3g tiada di sini, mesti mati kutu dengan WiFi tiada di bilik :)

Dari segi makan, variasi makanan juga semakin lemah. Semasa buffet sarapan, kelihatan kurang pilihan makanan yang disediakan. Makanan semasa kursus juga ramai yang komplain kurang menarik. Perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak hotel, jaga perut pengunjung :) Heheheh

Dari segi lobi, cafe, kolam renang, kemudahanan di bangunan utama masih baik. Tiada perbezaan dengan 5 tahun lepas. Ada ruang yang telah ditambahbaik seperti dewan makan tambahan, dewan tambahan dan lain-lain. Bilik gym dan sauna masih lagi ada. Tambahan kelihatan ada pusat SPA di ruang lobi.

Agak sayang jika Glory Beach Resort, Port Dickson terus tenggelam kerana ia merupakan hotel yang menarik. Pihak hotel perlu memastikan keselesaan, kualiti dan perkhidmatan sentiasa dijaga. Hotel lama tidak semesti turut menjadi lama. Boleh kekal atau terus pertingkatakan kualiti hotel. Sekarang ini, hotel di Port Dickson semakin bertambah dan bertambah, jika hotel tidak kekalkan prestasi kemungkinan hotel akan tidak boleh bertahan :)

Galeri gambar:

Set sofa sudah baru

Kerusi makan yang baru dan sama design dengan sofa







Set buffet sarapan pagi

Reception

Ruang menunggu lobi


EmoticonEmoticon