13 July 2012

Gambar Wang Kertas Baru 2012


Isnin ini bolehlah ke bank untuk mendapatkan wang kertas baru 2012. Baru-baru ini mesti teruja untuk mendapatkannya. Bila sudah lama, tidak hairan pun, Hehehehe

Semoga dengan wang baru ini, kes-kes pemalsuan duit kertas boleh dielakkan. Maklum sahaja, kes pemalsuan wang kertas memang tinggi sekarang ini. Bayangkan berapa banyak kerugian bila mendapat wang palsu ini?

Berikut adalah berita tentang wang kertas baru ini dipetik dari Utusan Online:

KUALA LUMPUR 12 Julai - Wang kertas siri baru akan berada dalam edaran mulai Isnin ini.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, wang kertas baru tersebut adalah sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama dengan wang kertas sedia ada.

Wang Kertas 2012
Beberapa siri wang kertas baru
“Wang kertas sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur dan orang ramai boleh mendapatkan wang kertas baru ini melalui urusniaga biasa mereka," katanya.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.

Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.

Golongan kurang upaya penglihatan boleh menggunakan ciri khusus seperti pengenalpastian secara sentuhan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Wang kertas siri baru ini terdapat dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

BNM mengingatkan semua pihak berkaitan untuk mempercepat pengubahsuaian mesin mereka agar dapat menerima wangkertas siri baru itu untuk kemudahan orang ramai.


EmoticonEmoticon