04 July 2012

Crawl entry blog lebih cepat oleh Google

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Hari ini agak gembira dengan prestasi blog kerana tempoh masa crawl entry blog oleh Google semakin cepat berbanding sebelum-sebelum ini. Ikuti entry tentang crawl blog sop.name.my di sini. Sebelum ini, beberapa hari belum tentu entry di crawl oleh google boot tetapi hari ini, hanya beberapa jam sahaja. Alhamdulillah :)

Setelah 5 jam post entry
Dalam 2 minggu ini, Sop sentiasa memerhati tahap SEO blog sop.name.my untuk memastikan prestasi bertambah. Apabila trafik blog rendah, ia sebagai cabaran kepada Sop untuk berusaha mempertingkatkan trafik. Trafik bukan perkara utama tetapi untuk menjadi blogger yang hebat tetapi tanpa pembaca, apalah ertinya blog? Penulisan untuk dikongsi dan dibaca :) Selain itu, entry sebelum ini ada Sop bercerita tentang Ingin Fokus Dengan Dunia Blog yang mana Sop ingin menjadi lebih profesional dan cuba menjana pendapatan melalui blog secara lebih aktif.

Untuk mendapat pendapatan yang baik, pengiklanan blog bukan hanya melalui kod iklan yang diletakkan melalui blog. Pendapatan lebih lumayan boleh dikumpul melalui penulisan pengiklanan. Untuk mendapat penulisan pengiklanan, trafik menjadi fokus utama pengiklan.

Kenapa Sop fokus kepada SEO sangat?
Sop bukan blogger yang femes dan terkenal. Bukan mudah untuk mendapat ribuan pembaca hanya dengan direct trafik seperti blog artis, pemimpin dan tokoh-tokoh terkenal. Malah, Sop tidak mempunyai duit yang banyak untuk memberi pengiklanan AdWord atau pengiklanan tempatan. Trafik dari SEO adalah terbaik kerana bukan sahaja mudah, cepat, murah :)

Hasil rumusan tentang crawl blog sop.name.my ialah seperti berikut:
  • masa diperlukan untuk Google kesan blog
  • template yang mesra SEO
  • entry yang berterusan untuk Google rekod trend entry publish
  • mendapat backlink
  • ping blog dan entry
Perkara di atas yang Sop buat untuk memastikan proses crawl boleh berlaku cepat oleh Google. Oleh sebab itu, Sop beberapa kali menukar template kerana seperti template tersebut ada masalah dengan Google crawl. Walaupun kelihatan menarik tetapi menarik bukan perkara utama :)

Bagi yang ingin mendapat maklumat lanjut Crawl Google cepat, maklumat berikut boleh membantu:


EmoticonEmoticon