11 July 2012

Bina kreativiti anak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Perkembangan otak anak-anak adalah penting bukan sahaja untuk pembesaran tetapi juga untuk perkembangan minda. Otak yang pintar melahirkan pemikiran anak yang kreatif.

Dari kecil kita boleh mendidik anak-anak berfikiran kreatif. Permainan yang berbentuk mencipta, mengolah, membentuk sangat baik untuk meransang pemikiran anak-anak.

Aktiviti yang biasa kita bagi kepada anak-anak ialah mewarna, menulis, sahaja. Banyak lagi yang boleh kita dedahkan kepada anak-anak. Permainan berbentuk cantuman sangat digemari oleh anak-anak kerana mereka boleh mencipta pelbagai bentuk mengikut kehendak.

Azfar dan Azwar jika jumpa dengan LEGO atau puzzle memang suka sangat. Kadang tu leka sampai tidak sedar. Ajak balik pun mereka taknak!

Paling tidak suka kalau beli ialah sudah bosan mula bersepah! Masa tu memang jadi bapa tiri sekejap :)





EmoticonEmoticon