29 July 2012

Berbuka di Restoran Johnnys


Selamat sejahtera kepada semua rakan. Berbuka puasa di mana hari ini?

Sop semalam berbuka puasa di Restoran Johnnys Jaya Jusco Wangsa Maju. Setiap tahun seperti tempat wajib untuk berbuka walaupun sekali sahaja. Tempahan dibuat awal untuk mengelak dari meja penuh. Betul sangkaan Sop, ramai yang tidak menempah awal terpaksa berbuka disekitar Jusco. Semua restoran kelihatan penuh.

Jika penuh, terpaksa menunggu selepas waktu berbuka. Sementara itu, boleh minum dan makan ringan-ringan dahulu.

Kami hanya order menu biasa Restoran Johnnys. Menu yang selalu makan jika ke Restoran Johnnys iaitu set steamboats dan nasi goreng nanas.

Bagi yang hendak berbuka di Restoran Johnnys pastikan tempahan awal dibuat. Jika minggu akhir puasa nanti lagi susah untuk mendapat tempat untuk berbuka di luar. :)


EmoticonEmoticon