19 July 2012

Beli domain untuk blogspot?

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)





Ini adalah pertanyaan dari rakan blogger yang telah tinggalkan mesej pada shoutbox tentang domain. Sop percaya ramai yang ingin menggunakan domain berbayar seperti .com, .my, .net dan sebagainya tetapi masih tidak faham. Betul tak? [ce angguk jika setuju.. heheheh]

Apa itu domain?
Penerangan ringkas domain ialah alamat blog/URL/link blog. Jika pengguna blogspot, domain percuma yang diberikan domainanda.blogspot.com.

Apa itu hosting?
Hosting ialah storage untuk menyimpan web, blog, portal dan sebagainya. Jika pengguna blogspot, tidak perlu menggunakan hosting kerana sistem blogspot telah menyediakannya. Namun jika hendak menggunakan WP secara peribadi (bukan free wordpress) perlu menyewa hosting dan membeli domain.

Blogger biasa 'confused' dengan domain untuk digunapakai pada blogspot.
Adakah bila guna domain baru, blog lama akan hilang? 
Perlu bina blog baru?

Jawapanya tidak perlu blog baru, domain lama masih ada/blogspot masih kekal. Domain berbayar hanya akan menjadikan domain blogspot kepada domain sendiri. Contoh domain asal blog Sop ialah riwayathariku.blogspot.com. Apabila Sop beli domain www.sop.name.my, blogspot masih sama cuma domain sahaja yang berubah. Jika lawat riwayathariku.blogspot.com ia akan menghalakan link tersebut ke www.sop.name.my.



Ia dikenali dengan custom domain yang mana pihak Google memberi kelebihan kepada blogspot untuk menggunakan domain sendiri. Hebat bukan?

Untuk beli domain, tidak semua pembekal hosting yang menyediakan free setting DNS kepada blogspot. Sop beli domain dengan Exabytes tetapi tidak menyediakan perkhidmatan setting untuk DNS. Perlu ada hosting lah, perlu beli DNS host lah. Namun ada pembekal domain yang boleh bantu setting kepada pembeli secara percuma. Sila tanya dengan pembekal domain sebelum beli. Jika ecohost.my memang tiada masalah untuk bantu membuat setting domain.

Setelah setting pada domain selesai, pengguna hanya perlu membuat setting pada blogspot sahaja iaitu dengan memasukkan domain baru. Proses penukaran domain biasanya memakan masa 1 jam hingga 24 jam (selepas tukar setting blogspot dan setting DNS).

Kepada rakan-rakan yang ingin menggunakan domain sendiri pada blogspot, tetapi masih takut-takut, usah risau. Blog masih menggunakan blogspot sepenuhnya. Trafik atau juice backlink juga tidak akan hilang kerana akan dihubung terus kepada domain anda.

Perlu diingatkan bahawa pembelian domain adalah berdasarkan bayaran tahunan. Setiap tahun akan perlu diperbaharui, jika tidak domain tersebut tidak boleh digunakan melainkan anda membeli untuk banyak tahun terus :)

Jika ada kurang jelas, terlebih atau terkurang penerangan di atas, sila tinggalkan diruangan komen :)

Promosi terhad domain .my dengan harga RM9.90, sila klik untuk maklumat lanjut.


EmoticonEmoticon