29 July 2012

Bawa anak kecil solat terawih?

Selamat sejahtera dan salam Ramadhan kepada semua rakan.

Cepat sungguh masa berlalu, lebih seminggu telah kita berpuasa. Semoga puasa kita diterima dan akan menjadi Rmadhan terbaik dari tahun-tahun lepas.

Kembali kepada tajuk entry iaitu membawa anak kecil solat terawih, sesuai atau tidak?

Adalah baik mendidik anak sejak dari kecil tentang cintakan surat atau masjid. Sop masih ingat, dari kecil lagi Sop telah dibawa oleh ayah ke masjid. Mungkin sejak sekolah rendah atau sebelum itu lagi? Ini kerana mak ayah Sop menang selalu ke masjid, jika semua ke masjid, dengan siapa Sop hendak duduk bukan?

Bukan sahaja bulan puasa tetapi malam-malam biasa pun Sop akan dibawa ke masjid. Masa kecil-kecil tidak tahu hendak bermain. Sop masih ingat apabila mereka Solat, Sop akan berada dibelakang sorang-sorang. Tidak ramai budak-budak sebaya Sop yang datang ke masjid.

Apabila semakin besar, ramai rakan-rakan yang ada di masjid, masa itu mula ligat. Masa bulan puasa, solat Isyak kemudian masa sembahyang terawih turun bermaian di bawah masjid dengan rakan-rakan. Macam-mcam permainan yang dimainkan bersama rakan-rakan. Dulu tidak risau kanak-kanak bebas kerana tiada kes penculikan, kemalangan dan sebagainya.

Tetapi sekarang?
Jika bawa anak-anak ke masjid, anak-anak bukan boleh duduk diam! Tahun lepas Sop ada bawa Azfar dan Azwar ke masjid. Pada awal masih boleh duduk diam dan solat dibarisan belakang. Apabila beberapa rakaat, mereka mula bosan dan bermain di belakang. Jika tidak bising, Sop masih OK tetapi bila mula buat bising, sembahyang pun tidak kusyuk! Bila balik, kena dengan Sop dua tiga das sebab buat bising! Heheheh

Tahun ini, Sop langsung tidak bawa ke surau. Sop hanya solat di surau bawah rumah. Tidak sesuai untuk membawa anak-anak kerana ruang surau yang kecil. Jika mereka bermain atau membuat bising, pasti satu surau akan kedengaran. Ini akan mengganggu jemaah-jemaah lain untuk bersolat. Keadaan anak-anak Sop yang sangat aktif sekarang ini menang tidak sesuai untuk di bawa ke masjid. Mereka belum faham sepenuhnya dengan keadaan surau atau masjid. Apa yang mereka mahu hanya keseronokkan [fitrah kanak-kanak bukan]? Lagi pun, di luar suaru ialah kawasan parking, risau dengan keselamatan mereka.

Ada juga anak-anak yang dibawa oleh ibubapa sangat bagus. Hanya duduk diam disisi ibubapa. Tahniah kepada ibubapa yang mampu mendidik anak yang bagus seperti itu. Walaupun tidak bersolat sekurang-kurangnya pendedahan tentang surau atau masjid boleh didedahkan kepada anak-anak. Harapan bila besar, mereka akan lekat dengan masjid atau surau.

Sop boleh lihat perbezaan antara rakan-rakan Sop masa kecil dulu yang mana selalu ke masjid bersama keluarga. Apabila besar, alhamdulillah mereka selalu ada ke masjid. Berbeza dengan mereka yang jarang atau tidak ke masjid semasa kecil. Memang susah hendak nampak ke masjid kecuali semasa sembahyang Jumaat. Mungkin berkat pendedahan sejak kecil tentang masjid atau surau?

Semoga anak-anak Sop boleh memahami tentang adat-adat masjid dan pandai untuk duduk diam. Sangat teruja untuk membawa mereka ke surau atau masjid untuk solat terawih. Jika solat fardu semasa di pasar raya, pasti akan Sop bawa bersama. Kadang-kala mereka yang mengajak Sop solat [walaupun belum masuk waktu]. Tidak sia-sia selalu bawa solat bersama!


Apa pandangan anda pula?


EmoticonEmoticon