26 July 2012

Baju raya Azfar, Azwar dan Baby Auni


Selamat sejahtera dan salam Ramadhan kepada semua rakan.

Sudah beli baju raya?
Wah Sop, awalnya beli baju raya. Dah mood raya ker?

Tidak, masih mood Ramadhan dan harap akan kekal hingga akhir Ramadhan. Amin :)

Namun begitu, persiapan awal juga perlu dibuat walaupun bukan didalam mood Raya. Jika baju kurung, lagi awal terpaksa ditempah. Sama macam baju anak-anak, Sop, perlu beli lebih awal kerana seperti berikut:
  • Mengelak kesesakan di pusat beli belah
  • Mendapat tawaran harga murah (tengah sale)
  • Mengelak dari kehabisan saiz dan design
  • Merancang perbelanjaan

Musim perayaan pasti anda akan alami perkara di atas bukan?
Lagi dekat dengan raya, lagi ramai yang membeli belah. Mood raya akan bertambah bila hampir dengan raya dan cara perbelanjaan pun akan berubah. Pasti rasa hendak beli semua kot! Hehehehe

Sop biasanya tidak heran sangat dengan baju-baju baru untuk raya ni. Pakai yang sedia ada pun ok jer kan?
Tapi anak-anak kenalah beli sikit baju raya untuk bagi rasa suasana raya. Ibubapa pun seronok tengok anak-anak dengan berbaju baru. :)

Sale di sini sale di sana,
Sampai tak terpillih hendak yang mana,
Berbeli berbelanja biar berpada,
Jangan sampai pokai gila. Hahaha





EmoticonEmoticon