27 July 2012

Badan tidak tahan sejuk ketika puasa

Refleksi Ramadhan Hari 4 - 7

Selamat sejahtera dan Salam Ramdhan kepada semua rakan yang beragama Islam.

Pada minggu pertama puasa, badan masih dalam proses penyesuaian diri. Proses untuk sesuaikan keadaan dengan tidak makan dan minum, bersahur dan tidak merokok [bagi perokok tegar]. Banyak kesan-kesan yang akan dirasai oleh mereka yang berpuasa. Maklum sahaja, hampir setahun tidak berpuasa, tiba-tiba tidak makan dan minum.

Kesan yang biasa dialami oleh mereka yang berpuasa ialah mengantuk. Pada minggu pertama ini, mengantuk menjadi musuh utama kerana badan sedikit lemah. Kebiasaan waktu pagi telah sarapan, tengah hari makan dan sebagainya.

Keduanya ialah badan tidak tahan dengan sejuk dan panas. Ini yang terjadi pada Sop minggu ini kerana perlu berada di Hotel Putra Kuala Lumpur selama seminggu. Keadaan aircond yang sejuk sangat memberi kesan tidak selesa. Tiap-tiap hari kesejukan dan kemudian waktu petang balik dari kerja melalui cuaca panas pula. Setelah seminggu mengalami keadaan tersebut, akhirnya hari ini badan seperti hendak demam. Mulut mula sakit kemungkinan kerana kekeringan. Aircond walaupun sejuk tetapi sebenarnya mengeringkan badan kita.

Ketika berada di hotel, Sop sering keluar untuk mendapatkan udara panas di luar. Sungguh selesa apabila mendapat udara panas. Apabila sejuk dan panas sahaja, badan pula tidak dapat menahannya. Padahal minggu lepas berada di hotel pun seminggu juga tetapi bukan dibulan puasa sangat berbeza. Badan sentiasa panas dengan minum dan makan. Jadi badan lebih bertenaga!

Juadah semasa bersahur dan berbuka juga adalah penting. Oleh kerana seharian lapar dan dahaga, kita kadang-kadang lupa untuk makan secara seimbang. Semua jenis makanan kita makan tanpa fikir tentang kesihatan. Lapar sangatlah katakan.. Heheheh


Refleksi Ramadhan ke 4 hingga 7
Alhamdulillah, seminggu sudah kita berpuasa. Cepat masa berlalu bukan?
Bagi yang sangat mencintai bulan ini pasti berlumba-lumba untuk mengejar amal ibadat. Jika tidak, pasti kita tidak menyedari Ramadhan telah ke penghunjung. Sekarang seminggu telah berlalu, kini hanya tingga 3 minggu lagi. Tiada perbezaan refleksi bagi hari ke 3 Ramadhan yang Sop lalui untuk hari ke 4 dan 7.


Kebiasaan, minggu kedua nanti badan telah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan berpuasa. Biasanya lebih segar berbanding bulan tidak berpuasa bukan?
Seperti semua tahu, berpuasa memberi banyak kelebihan kepada kita. Antara kelebihan berpuasa dipetik dari JAIS adalah seperti berikut:


"KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN"  

KEWAJIPAN BERPUASA

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.

1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka

FADHILAT YANG LAIN

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN

Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah S.W.T, Amin 


EmoticonEmoticon