Baby Auni seronok berada di Play Mat

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Play Mat atau tempat permainan bayi sangat membantu pekembangan bayi untuk bermain dan menarik perhatian bayi. Ibubapa boleh mendidik bayi untuk berada tanpa ibubapa disisi. Sifat naluri bayi sentiasa untuk berada disamping orang dewasa kerana dunia ini amat baru dan sifat takut masih ada. Bayi belum mengenali dunia sekitar dan perlukan ibubapa sebagai sokongan.

Dengan meletakkan bayi di Play Mat, kita boleh melatih bayi berdikari. Bayi akan tertarik dengan mainan yang tergantung dan menjadi leka. Sambil itu, bolehlah ibubapa membuat tugasan rumah kan?

Baby Auni apabila berada di atas Play Mat memang tiada masalah. Baby Auni seperti teruja, pelik dan konfius. Maklum sahaja, bayi bukan? Mesti pengalaman baru kepada beliau. Tetapi paling penting tidak menangis. Buat masa ini, Baby Auni tidak berani untuk memegang permainan yang tergantung.

Baru ini Baby Auni kurang sihat, batuk dan selesema. Agak sukar untuk letak di bawah kerana sentiasa ingin berada bersama orang. Namun semasa sihat, seronok betul beliau berada di Play Mat :)

Tips berikut adalah untuk memastikan Play Mat sentiasa selamat untuk bayi:
  • pastikan play mat sentiasa bersih
  • simpan play mat di tempat bersih
  • selalu cuci play mat untuk membasmi kuman
  • letak play mat di tempat terbuka. Berada di tepi kerusi atau meja boleh mengundang nyamuk
  • sentiasa pantau bayi anda
  • letak play mat di atas lantai 
  • jangan biarkan bayi berada terlalu lama di atas play mat


Untuk mendapatkan play mat, setiap pusat membeli belah barangan bayi menjualnya termasuk IKEA :)


Galeri gambar:






Previous
Next Post »