Telemarketer yang kurang ajar

Adakah telemarketer comel-comel cam nih? hehehe
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Telemarketer ialah pencari pelanggan melalui telefon yang sering digunapakai oleh syarikat-syarikat ketika ini. Mungkin cara ini lebih berkesan kerana pelanggan akan mendengar cerita yang panjang lebar melalui telefon, boleh kelentong habis kerana tidak berada di depan mata, macam-macam boleh cerita dan marketing melalui telefon ini juga menjimatkan. Agen telemarketer tidak perlu keluar untuk mencari pelanggan, hanya duduk dan telefon pelanggan. Jika jenis bersua, kos lain banyak perlu disediakan seperti pengangkutan, sewa tapak, tenaga kerja yang lebih dan sebagainya.

Kembali kepada tajuk entry Telemarketer yang kurang ajar yang mana merujuk kepada panggilan telefon yang Sop terima petang tadi. Beliau memperkenalkan diri dan dari HQ Maybank. Nombor panggilan ialah 03-27763900. Semasa panggilan, Sop sempat semak dari lama web Maybank, nombor di sana berlainan dengan nombor panggilan telefon.

Telemarketer tersebut terangkan panjang lebar bla-bla-bla tanpa sempat Sop hendak mencelah. Penerangan seperti robot atau radio tidak berhenti-henti. Tahan telinga sahaja dengar! Hendak letak macam itu sahaja nampak sangat kita kurang ajar.

Selepas penerangan, Sop maklumkan tidak berminat dengan kad yang ditawarkan. Satu kad kredit baru sahaja ditamatkan, masakan hendak terima kad baru? Sop menolaknya dengan baik dan sopan yang Sop tidak perlukan lebih kad kredit.

Clap!!! Tut Tut Tut....
Secara tiba-tiba ganggang telefon diletak! Kurang ajar betul, mentang-mentang Sop cakap tidak berminat, terus blah macam tu sahaja! Kalau tahu macam ini, awal-awal Sop letak telefon sebelum dia letak! Sudahlah buang masa dengar penerangan yang entah apa-apa!

Jika benar nombor 03-27763900 dari Maybank, tolonglah pihak Maybank ambil perhatian tentang perkara ini. Bank yang Sop rasa terbaik dari segi perkhidmatan tidak akan dilakukan oleh pihak Maybank sendiri. Pernah dulu kena SPAMMING yang mengaku dari Maybank juga tetapi dari syarikat kad diskaun yang cuba mendapat keahlian cara menipu. Konon-konon hendak semak nombor kad kredit tetapi sebenarnya hendak cas keahlian melalui kad. Licik bukan?

Sekarang ini, apabila melibatkan panggilan telemarketer Sop susah hendak layan. Masa pakai kad kredit AEON lagi banyak telemarketer yang hubungi! Promosi sana, promosi sini. Promosi dari AEON sendiri pun berlambak! Bosan bukan?

Kes-kes seperti ini yang menjadikan orang baran dengan telemarketer bukan?
Apa-apapun, kita rakyat Malaysia penuh dengan budi bahasa :)
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
15 June, 2012 00:49 delete

salam..
selalu juga dapat call gini...
saya buka loud speaker, biar dia
cakap samapai letih..lepas baru saya
kata tak berminat :)

Reply
avatar