Selamat tinggal kad kredit

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga hari ini lebih baik dari semalam.

Kad kredit penting sangat ker?

Sekarang ini, kad kredit mudah sangat diberikan oleh bank, promosi bersepah-sepah. Sampai ada yang 4 hingga 5 kad seorang. Bila kerajaan sudah kenakan cukai tahunan, ramai yang mula kurangkan jumlah kad kredit.

Sop ada juga pakai dua tetapi terpaksa batalkan satu kerana tidak pakai pun. Hanya bayar cukai sahaja dan lagi pula ada yuran tahunan. Ada kad yang free yuran tahunan, kenapa hendak pakai yang berbayarkan?

Sekarang sedang berlawan pula untuk selesaikan hutang. Masa pakai memang sedap tidak ingat dunia. Pakai tandatangan sahaja, dapat barang! Masa bayar, semua liat! Huhihuhi

Kad kredit mmg berhantu bukan?
Tiada duit dalam poket pun masih boleh beli-beli. Hutang dulu, nanti dapat gaji, bayar balik. Tapi dapat gaji, bayar minimum! Akhirnya hutang bertambah! Lagi susah hendak habiskan, interes sentiasa dikenakan!

Bila agaknya Sop boleh selesai hutang kad kredit nih?

Satu sudah selesai, tinggal lagi satu. Huhihi


Previous
Next Post »