29 June 2012

Restoran Bawang Kecik, AEON Setiawangsa

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Restoran Bawang Kecik
Pernah singgah ke Restoran Bawang Kecik?
Sop baru pertama kali singgah untuk mencuba. Rasanya masih baru restoran ini dibuka di AEON Setiawangsa kerana sebelum ini, restoran lain di situ. Oleh kerana baru, haruslah kami mencuba :)

Restoran Bawang Kecik menyediakan pelbagai jenis menu untuk pengunjung. Pada pendapat Sop, konsep yang Restoran Bawang Kecik guna ialah Kopitiam kerana menu yang digunakan adalah lebih kurang sama dengan kopitiam lain. Perbezaannya, di Restoran Bawang Kecik terdapat menu ikan bakar!


Untuk kunjungan pertama ini ke Restoran Bawang Kecik, kami telah memilih menu ikan keli bakar, sup bebola ikan, nasi goreng cencalok dan nasi lemak ayam goreng. Minuman pula, kami memilih air tembikai (junior), milo ais dan nescafe ais. 




Ikan keli bakar sangat sedap. Rempah yang digunakan sangat manarik dalam ramuan ikan keli bakar tersebut. Walaupun dinamakan ikan bakar, tetapi sebenarnya ia tidak dibakar. Konsep yang digunakan ialah menggunakan hot plate. Semasa ikan keli dihantar, masih lagi berasap dan meletup-letup ikan keli tersebut.




Nasi goreng cencalok adalah kali Sop makan. Sebelum ini tidak pernah lagi jumpa mana-mana menu di restoran lain [tidak perasan kot]. Rasanya seakan-akan nasi goreng ikan masih. Nasi goreng tersebut agak masin, mungkin terlebih letak cencalok kot :)




Bagi nasi lemak pula, rasanya sama seperti nasi lemak kopitiam lain. Bahan asas yang digunakan iaitu nasi lemak, telur, sambal, kacang, timun dan ikan bilis. Ayam goreng nasi lemaknya cukup rangup!




Konsep dan design Restoran Bawang Kecik agak menarik tetapi susunan kerusi meja Sop tidak suka kerana agak sempit. Kami membawa Baby Auni menggunakan stroler dan agak sukar untuk masuk ke dalam restoran. Ruang antara kerusi meja yang rapat juga menyukarkan untuk bergerak. 


Bagi perokok, pasti suka dengan Restoran Bawang Kecik kerana disediakan kerusi meja di luar restoran.

Harga makanan di Restoran Bawang Kecik sedikit tinggi. Agak terasa kerana jika di kedai makan biasa, harga jauh lebih murah. Apabila ia boleh dibuat perbandingan, pasti akan dapat merasakan perbezaannya kerana menunya di kedai biasapun boleh dapat. Bagi menu yang telah kami pesan, harga keseluruhan termasuk air ialah RM50.00. 


Galeri gambar:










  



  





EmoticonEmoticon