Report day tadika Azwar

Selamat sejahtera semua rakan.

Cepat sungguh masa berlalu, sedar tidak sedar, sudah pertengahan tahun. Sudah 6 bulan Azwar bersekolah Tadika.

Sejak bersekolah dari awal hingga sekarang, belum ada masalah untuk Azwar ke sekolah walaupun ada masanya agak sukar untuk beliau bangun tidur. Kami terpaksa bangunkan Azfar dan Azwar pada jam 6 pagi. Jika lewat tidur pada malam tersebut, maka susahlah pada esok pagi untuk bangun tidur.

Laporan daripada cikgu menyatakan Azwar ialah seorang murid yang pintar dan pandai. Sejuk je papa dia bila cikgu puji tentang Azwar. Setakat di kelas, Azwar tiada sebarang masalah. Boleh mengikuti arahan cikgu dan buat tugasan yang diberikan. Cuma Azwar suka berjalan-jalan dalam kelas. Nasib baik dia tidak kacau rakan kelas :)

Cikgu Azwar puji dari segi pembelajaran kerana Azwar dapat belajar dengan cepat.

Hasil ujian pertengahan tahun, Azwar berada di tempat ke 2 dalam kelas. Mungkin tempat pertama dapat markah keseluruhan 50/50 untuk semua subjek (BM,BI,MT). Azwar hanya kurang 1/2 markah sahaja untuk BI iaitu 49 1/2. BM dan MT Azwar dapat markah penuh 50/50.

Gembira juga Sop apabila melihat report kad seperti itu :)


Previous
Next Post »