Pepahat Bagang Lalang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah makan pepahat?
Pernah kena pahat? Kalau pernah kena pahat, pasti anda seorang tukang rumah :)
Jika pernah makan pepahat, pasti anda pernah ke bagan Lalang :)

Sop baru dua kali makan pepahat ini, itu pun sebab ke Bagan Lalang dan mencubanya di Melaka :)

Rasa pepahat ini bukan sedap sangat bagi yang tidak suka makanan eksotik. Bagi yang gemar, pasti pepahat sesuatu kegilaan untuk dinikmati :) jika masakan pula sedap, pasti licin pepahat tersebut kecuali kulitnya :)

Bagi yang hendak tahu, rasanya seperti lala atau lokan. Lebih kurang juga rasa seperti siput. Namun, ia ada rasanya tersendiri :) jika tidak tahu hendak dimasak dengan menu apa, serahkan sahaja kepada tukang masak kedai kerana dia tahu apa yang menu sesuai dengan pepahat tersebut.:)

Anda suka dengan pepahat?


Previous
Next Post »