22 June 2012

Pendapat rakan-rakan tentang domain sop.name.my

Domain yang agak panjang

Selamat sejahtera kepada rakan-rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Sop ingin bantuan rakan-rakan memberi pendapat tentang domain sop.name.my. Ini kerana domain adalah sangat penting kepada blog bukan sahaja sebagai identiti tetapi juga sebagai penjenamaan. Domain yang baik ialah domain yang mudah diingati, ringkas, bermakna dan sesuai dengan blog.

Sebelum ini, Sop pernah berfikir panjang sebelum membeli domain ini. Setelah perhitungan dibuat, akhirnya domain ditukar juga dari gnesop.com. Memang banyak yang Sop rugi tetapi perubahan perlu dilakukan :)

Semasa membuat kerja-kerja akhir, baru Sop perasan/tahu tentang kelemahan dan kekurangan domain name.my ini. Bila ini berlaku, perasaan mula bercapur baur dan hilang keterujaan semasa hendak membeli domain sop.name.my. Risau jika domain ini tidak mesra SEO, mesra pengguna, mesra segala aspek.

Sebelum masih jauh, baik Sop mengkaji dahulu domain ini. Jika OK, boleh diteruskan. Jika tidak, mungkin boleh bercadang-cadang cari domain baru [aduss! harap tidak]
Jika dilihat kepada panjang domain, memang agak panjang tetapi cukup ringkas. Itu pendapat Sop, pendapat rakan mungkin lain. Ada semak domain yang sop.ws masih ada dengan harga mampu milik tetapi ia domain negara Samoa. Sangat tidak sesuai rasanya sebab tiada identiti rakyat Malaysia. Jika ada MY itu, lebih kelihatan sebagai blogger Malaysia. Bangga tau jadi rakyat Malaysia!

Untuk itu, mohon maklumbalas dan pendapat rakan, adakah domain sop.name.my mudah diingati?

Pandangan rakan sangat dihargai :)


EmoticonEmoticon