Pandu uji kereta menang hadiah RM93,000


Pandu uji kereta pun boleh menang hadiah lumayan?
Peraduan yang menarik oleh pihak Perodua untuk pengguna mengenali dan merasai sendiri kereta Alza. Seperti kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta! :)
Masa mula-mula pelancaran, Sop ada pergi tengok tetapi tidak sempat untuk pandu uji. Maklum sahaja, baru lancar keluaran pasti orang ramai yang datang melihat.

Sekarang ini, mungkin boleh cuba uji. Tetapi dengan pengumuman hadiah untuk pandu uji, pasti orang ramai kembali berpusu-pusu untuk pandu uji. Bukan sahaja dapat merasai kereta Produa Alza tetapi berpeluang untuk memang pula. Memang best bukan? Hehehehe

Ikuti tentang berita 'Pandu uji kereta menang hadiah RM93,000' yang dipetik dari Kosmo berikut:

KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM93,000 dengan hanya menguji pandu kereta Perodua mulai semalam sehingga 30 Jun ini.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, peserta peraduan Kamu Pandu, Kamu Menang hanya perlu menguji pandu kereta Perodua atau mendaftar untuk memiliki kenderaan syarikat tersebut sebelum mengisi borang peraduan yang disediakan.

Menurutnya, peraduan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai terhadap kenderaan milik Perodua di samping melawat 179 buah bilik pameran yang ada di seluruh negara.

"Kami mahu memberikan hadiah lumayan ini dengan mudah kepada orang ramai yang melawat bilik pameran yang ada.

"Peraduan ini juga merupakan penghargaan kepada pengguna setia Perodua," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam. (Kosmo)
Previous
Next Post »