08 June 2012

Mata Azwar alergik?

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Mulakan hari ini dengan keceriaan :)

Alergik biasa berlaku kepada kanak-kanak kerana keadaan badan yang tidak boleh melawan bakteria tertentu.

Semalam tiba-tiba mata Azwar menjadi merah dan terdapat seperti gigitan nyamuk. Pagi ini kelopak mata pula bengkak, mulanya sebelah sahaja kemudian timbul lagi satu. Kami agak risau juga kenapa tiba-tiba terjadi begitu.

Pagi tadi bawa jumpa doktor untuk periksa Azwar. Doktor memaklumkan Azwar alergik sahaja. Mungkin pada sesuatu benda, habuk, atau makanan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana tidak membahayakan. Lega apabila mendengar penjelasan doktor tersebut.

Untuk rawatan, doktor telah beri ubat alergik, gatal dan ubat titik pada mata. Tadi dia tergaru-garu juga mata kerana gatal.

Doakan agar Azwar cepat sembuh yer :)




EmoticonEmoticon