06 June 2012

LG Cinema 3D TV - LM9600


Selamat sejahtera kepada semua rakan. Semoga ceria selalu bersama keluarga :)

Teknologi berkembang begitu pesat sekarang ini. Setiap teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita sama ada untuk keperluan hidup, keselesaan, hiburan, kesihatan dan sebagainya. Teknologi yang dibangunkan bukan sahaja memudahkan manusia tetapi memberi kepuasan juga.

Teknolgi terkini yang melibatkan kehidupan sehari kita ialah Smart TV. LG antara pengeluar barangan elektronik yang membangunkan teknologi terkini untuk kemudahan manusia. Terdapat banyak produk keluaran LG tetapi entry ini hanya akan menyentuh tentang produk terbarunya iaitu Smart TV.

Apa itu Smart TV?
Televisyen pintar atau Smart TV merupakan teknologi masa hadapan yang boleh dinikmati sekarang yang berfungsi sebagai penerima siaran dan untuk menonton sahaja. Ia melangkau dari TV biasa dan pelbagai fungsi. Oleh sebab itu, ia dikenali dengan Smart TV. Smart TV 3D melangkah setapak dari Smart TV biasa :)

Terdapat 3 model terbaru Smart TV yang dikeluarkan oleh LG. Model tersebut adalah seperti berikut:
Sop berkesempatan melalui pelancaran Smart TV ini yang diadakan dalam majlis LG Cinema 3D TV Party. Semua model di atas adalah menarik tetapi Sop paling suka dengan model LM9600. Ingin tahu apa yang menarik tentang LG Smart TV ini? Teruskan membaca entry ini.

Apa ciri-ciri menarik yang terdapat pada LG Smart TV model LM9600?



Cinema Screen Design
Pengguna sentiasa inginkan tontonan seperti panggung wayang kerana ciri-ciri panggung wayang memberi kepuasan kepada penonton. Oleh sebab itu, perbezaan menonton di panggung wayang berbeza dengan menonton TV di rumah. Ciri yang ada pada panggung telah dimasukkan dalam LG Smart TV untuk memberi kepuasan kepada penonton sama seperti menonton wayang. Oleh sebab itu, frame LG Smart TV sangat kecil dan seolah-olah tiada. Pengalaman 'cinematic viewing' boleh dirasai ketika menonton melalui LG Smart TV ini. Pastikan anda sediakan popcorn semasa menonton di rumah, pasti suasana lebih real! Heheheh


Comfortable 3D Glasses
Untuk menonton 3D TV, pasti memerlukan cermin mata 3D. Bagaimana jika cermin mata 3D tidak selesa? Pasti mengganggu semasa menonton! Oleh sebab itu, LG menyediakan cermin mata 3D yang cukup selesa seolah-olah anda tidak memakainya. Malah, ia tidak menggunakan bateri! Paling menarik, design cermin mata yang cukup STYLO yang mana pengguna tidak akan janggal ketika memakainya. Boleh dijadikan cermin mata untuk bergaya! Huhuhuhu



Dual Play
Kaki gamer pasti suka dengan teknologi canggih Dual Play ini. Sebelum ini, pengguna yang bermain game secara dual mode akan membahagikan TV kepada dua bahagian atau bermain secara solo untuk paparan penuh. Dengan teknologi Dual Play, dua pemain boleh melihat paparan penuh dalam 1 masa! Bagaimana ia terjadi?
Cermin mata 3D Dual Play diperlukan untuk menggunakan fungsi ini pada LD Smart TV. 1 cermin mata 3D untuk player 1 dan 1 cermin mata untuk player 2. Hebat bukan?


Magic Remote
Apa fungsi remote control TV anda?
LG Smart TV menyediakan Magic Remote kepada pengguna yang berfungsi melebihi jangkaan. Pada Magic Remote, pengguna boleh mengawal semua fungsi TV pada tangan anda. Bukan sekadar untuk menukar siaran, tutup atau buka TV tetapi boleh digunakan untuk menaip, menggerakkan halaman, zoom, surf internet, bermain, dan sebagainya. Ia berfungsi seperti mouse pada komputer kita. Magic Remote sangat memudahkan pengguna dan menjimatkan masa!


2D to 3D
Adakah TV 3D hanya boleh digunakan pada siaran 3D? Atau player 3D?
Sebelum ini "YA", untuk mendapat paparan 3D, bukan sahaja TV perlu 3D tetapi player, DVD, siaran juga perlu 3D.
Dengan LG Smart TV, semua siaran, video, gambar 2D akan ditukar kepada 3D melalui paparan TV 3D. Ciri yang cukup hebat pada pendapat Sop. Dengan ciri ini, tidak perlu untuk membeli player 3D atau DVD 3D. Siaran TV biasa boleh dilihat dengan paparan 3D.
Penting sangat paparan 3D ini?
Tidak penting tetapi sangat memberi kepuasan. Paparan lebih nyata, real, menarik pasti memberi keterujaan semasa menonton!

LG Smart TV model LM9600 kelihatan sama dengan model di atas kecuali dynamic MCI yang mana LM9600 paling tinggi. Apabila Dynamic MCI tinggi, maka kualiti gambar lebih baik.

Bagi yang sedang mencari Smart TV, jenama LG boleh disenaraikan sebagai jenama pilihan. Untuk maklumat penuh mengenai LG Smart TV LM9600, sila lawat http://www.lg.com/my/tv-audio-video/televisions/LG-led-tv-LM9600.jsp. Ciri-ciri istimewa yang Sop ceritakan di atas hanya sebahagian daripada 15 ciri menarik yang terdapat pada LG Smart TV LM9600. Jika hendak cerita semua kehebatan LG Smart TV LM9600 ini, sampai esok belum pasti habis :)

Untuk maklumat lanjut tentang produk LG, sila lawat http://www.lg.com/my


EmoticonEmoticon