24 June 2012

Graf trafik blog masih menjunam

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria sokmo!

Setelah hampir 3 minggu, domain baru sop.name.my bersiaran, kelihatan prestasi masih merundum. Mana boleh lawan domain yang dipakai 5 tahun dengan 1 bulan bukan?

Bila melihat graf yang menjunam, agak risau juga. Bila agaknya Google hendak bagi trafik kembali seperti dulu? Semasa tinjauan Google Webmaster Tools, terdapat entry-entry yang telah diindex oleh Google.

Bila hendak tengok graf naik baik nih?

Cabaran menukar domain, rupanya sama hebat seperti membuat blog baru. Semua bermula dari awal walaupun entry lama masih ada. Pada asalnya Sop ingat boleh recovery dengan cepat dari segi penyenaraian di injin carian. Contohnya sebelum ini beberapa entry menjadi top search terus hilang begitu sahaja. Backlink-backlink entry itu masih berpegang pada domain lama. Oleh sebab itu, domain lama masih ada entry yang masuk. Cuma kesian, bila ke link tersebut "file not found"

Sekarang agak berusaha untuk kembalikan prestasi sebelum ini. 2 minggu kebelakangan ini, kerap tidur lewat untuk menguruskan blog dari segi template, backlink dan blogwalking. Agak kepenatan dan keletihan! Nasib baik motovasi masih kuat untuk berusaha. Motivasi ialah dari rakan-rakan yang terus menyokong dengan datang melawat blog Sop. Terima kasih kepada anda semua :)

Adakah masa akan menentukan segala-galanya? Sama-sama kita nantikan :) Heheheh


EmoticonEmoticon