gnesop.com bertukar kepada sop.name.my

Header lama
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat-sihat selalu.

Entry sebelum ini ada dinyatakan tentang domain sop.name.my telah berjaya dibeli oleh Sop. Setelah menimbangkan tarikh penukarannya, akhirnya hari ini Sop berjaya menukar dari gnesop.com kepada sop.name.my.

Setelah semua setting DNS berjaya dilakukan semalam, proses menukar dari domain di blogspot tidak menjadi masalah. Hanya tukat domain pada ruangan setting dashboard blogspot sahaja, domain terus bertukar.

Setelah domain bertukar, pasti trafik akan jatuh mendapat untuk minggu ini, atau juga bulan ini atau tahun ini! Ini kerana apabila domain baru digunakan, blog kita seperti blog baru walaupun hanya bertukar domain.

Header baru
Sebelum proses backlink dilakukan kembali, ubah suai template juga akan dilakukan sedikit sebanyak untuk sesuaikan dengan domain. Pada masa terdekat ini, tidak banyak yang boleh buat perubahan kerana sibuk dengan penukaran-penukaran setting pengiklanan, setting template, setting domain dan sebagainya.

Semoga blog akan kembali stabil selepas bulan ini.

Terima kasih kerana membaca entry ringkas ini :)
Previous
Next Post »