05 June 2012

Cabutan bertuah bulan Jun - akan datang

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat-sihat selalu :)

Cabutan bertuah pada bulan ini agak lari dari jadual. Mengikut perancangan, sepatutnya cabutan bertuah pada bulan ini bermula pada 1 Jun tetapi kerana tidak sempat pergi ke IKEA untuk membeli hadiah, cabutan bertuah bulan ini tertangguh sehingga hari ini.

Sebelum itu, Sop ingin ucapkan kepada tahniah kepada pemenang cabutan bertuah lampu LAMPAN IKEA. Harap-harap hadiah yang dihantar telah diterima oleh pemenang.

Untuk hadiah cabutan bertuah pada bulan Jun, baru hari ini berkesempatan untuk mendapatkannya di IKEA.

Kenapa barangan IKEA?
Pada pendapat Sop, barang IKEA sangat menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakan terutama yang berada di luar Kuala Lumpur. Pasti rakan-rakan sukar untuk mendapatkan barangan IKEA kerana ketika ini ia hanya ada di Kuala Lumpur. Namun, jika ke Kuala Lumpur, pastikan anda singgah ke IKEA :)

Sop selalu berkongsi entry tentang barangan IKEA tetapi rakan-rakan yang jauh pasti teringin untuk mendapatkan barangan IKEA. Dengan hadiah cabutan bertuah ini, harap boleh berkongsi sedikit sebanyak barangan IKEA yang boleh Sop beli :)

Cabutan bertuah akan bermula tidak lama lagi dengan hadiah yang menarik juga. Nantikan entry tersebut yer :) Huhuhuhu

Nota kaki: Buat suspend sahaja :) 


EmoticonEmoticon