06 June 2012

BYGEL IKEA - Sangat praktikal

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu bersama rakan.

Apa itu BYGEL?
BYGEL ialah besi yang mempunyai telinga untuk dilekatkan pada dinding keluaran IKEA. Besi yang ringkas tetapi boleh dipelbagai fungsi. Antara sebab kena Sop suka dengan barangan IKEA, salah satunya ialah pelbagai guna dan jika kreatif, banyak perkara boleh digunapakai dengan barangan yang ringkas sahaja. Menarik bukan?

Besi BYGEL ini telah Sop gunakan sejak dari rumah lama lagi. Sebelum ini, Sop hanya pasang di dapur sahaja untuk menggantung barangan dapur.

Namun di rumah sekarang, Sop pelbagaikan lagi penggunaanya bukan sahaja di dapur tetapi di bilik air dan juga bilik tidur.



Untuk di dapur, Sop gunakan BYGEL ini untuk menggantung barangan dapur seperti sudu, sudip, gelas dan sebagainya. Hanya perlu ditambah aksesori yang sesuai sahaja.


Manakala di bilik air, Sop gunakan ia sebagai tempat menggantung tuala dan tempat menggantung berus gigi.


Di dalam bilik pula, Sop gunakan BYGEL sebagai tempat menggantung seluar, tuala dan kain.


Untuk memasang besi BYGEL ini juga sangat mudah. Pengguna hanya perlu menebuk 4 lubang untuk dimasukkan 'wallplug' dan kemudian pasang beri BYGEL dengan skru. Mudah sahaja bukan? Malah, Azfar dan Azwar boleh memasangnya.

Aksesori tambahan boleh dibeli secara berangsingan di IKEA mengikut keperluan kita. Bila-bila boleh tambah dan di suai guna besi BYGEL ini.

Harga BYGEL ini juga sangat murah dan berpatutan. Bagi bersaiz pendek, harga hanya RM9.90 sahaja. Ia boleh di pasang disepeluluk rumah :)

Untuk maklumat lanjut mengenai BYGEL, sila lawat laman web IKEA berikut: http://www.ikea.com/my/en/catalog/products/50176346/

Jom ikuti pengalaman Azfar dan Azwar memasang besi BYGEL ini :)

BYGEL produk IKEA

Azwar sebelum memasang BYGEL

Tanda dahulu sebelum menebuk lubang

Pastikan kedudukan sesuai

BYGEL yang ringan sahaja

BYGEL dicadangkan oleh Azfar bagus untuk setiap rumah :)

Peralatan yang diperlukan untuk memasang BYGEL

Tukul digunakan untuk memasukkan 'wallplug'

Wallplug dimasukkan selepas menebuk lubang

BYGEL diikat pada dinding dengan skru

Pastikan skru diikat dengan kuat

Pangungkut aksesori boleh didapati di IKEA

Siap sedia untuk sangkut seluar :)


EmoticonEmoticon