28 June 2012

Buffet Ramadhan Selera Kampung Bersama Jaafar Onn

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Ramadhan kini semakin dekat, adakah anda tidak sabar menanti kehadirannya?

Apabila hampirnya Ramadhan, akan ada banyak restoran, cafe dan hotel yang mula mempromosikan menu untuk pakej berbuka puasa. Antara yang turut mempromosikan pakej berbuka puasa ini ialah Dorsett Regency Hotel, Kuala Lumpur. Sop difahamkan setiap tahun, Dorsett Regency Hotel, Kuala Lumpur akan menyediakan pakej berbuka puasanya.

Jaafar Onn dan Haiza membuat persembahan


Untuk mempromosikan pakej berbuka puasa tersebut, acara "Review Food Of Selera Kampung Bersama Jaafar Onn" telah diadakan pada 26 Jun 2012 di Checkers Cafe di Dorsett Regency Hotel, Kuala Lumpur. Pihak media telah dijemput untuk melihat sendiri promosi menu berbuka puasa nanti. Media yang hadir terdiri dari berita RTM, majalah, akhbar dan juga blogger. Sop telah dijemput oleh rakan blogger iaitu Averlyn untuk bersama blogger lain.


Jaafar Onn ditemubual oleh RTM
Dalam majlis tersebut, Jaafar Onn bersama penyanyi Haiza telah hadir untuk memberi maklumat dan juga membuat persembahan. Disamping memberi maklumat tentang promosi pakej disediakan, lagu-lagu termasuk lagu raya telah diperdengarkan kepada pengunjung.

Berbuka puasa di Dorsett Regency Hotel, Kuala Lumpur pasti memberi kepuasan kepada pengunjung kerana ia menyediakan pakej buffet mempunyai lebih 150 menu. Bayangkan, berapa banyak makanan yang disediakan kepada pengunjung. Pada malam tersebut, Sop hanya mampu makan 1/5 sahaja makanan yang disediakan. Maklum sahaja, Sop mengamalkan diet yang sihat :) Tetapi jika di bulan puasa nanti, pasti semua jenis akan Sop makan. Hehehehe


Selera kampung yang disediakan dalam pakej Ramadhan tersebut semua menyelerakan. Walaupun sudah kenyang, Sop masih tertarik dengan menu yang disediakan. Biasanya jika sudah kenyang, melihat makanan pun sudah tidak mahu. Itu antara perbezaan yang terdapat di Pakej Ramadhan Dorsett Regency Hotel, Kuala Lumpur ini.


Pelbagai jenis ulam turut disediakan
Antara menu kampung yang menarik perhatian Sop ialah Pasembor Penang, kerabu Udang Su'un, Asam pedas pari, Sambal udang petai, Bubur lambok, Balitong masak lemak cili padi (siput sedut), Ikan bakar dan banyak lagi. Pencuci mulut yang disediakan terdiri dari pelbagai jenis kek dan buah-buahan. Sop juga mencuba beriani kambing dan sup rusa. Banyak lagi menu yang disediakan tetapi tidak termampu hendak Sop senaraikan semuanya. Maklumat penuh menu hidangan berbuka puasa boleh dilihat terus dari laman web Dorsett Regency Hotel, Kuala Lumpur di http://www.dorsettregency.com/kualalumpur.

Untuk makluman, menu berbuka puasa Dorsett Regency Hotel, Kuala Lumpur ini disediakan oleh beberapa chef yang terkenal termasuk Jaafar Onn sendiri. Oleh sebab itu, hidangan yang disediakan adalah menyelerakan.


Maklumat Buffet Ramadhan seperti berikut:

  • Tarikh: 17 Julai hingga 18 Ogos 2012.
  • Masa: 7.00 petang hingga 10.30 malam
  • Harga: RM80.00++ seorang
Tawaran 50% harga kepada warga emas (55 tahun ke atas) dan kanak-kanak 4-12 tahun.
Promosi terhad - Voucher hanya RM65.00 net seorang boleh didapati bermula 1 Jun hingga 19 Julai 2012. Setiap 10 voucher, 1 akan diberi percuma.

Untuk membuat tempahan, sila hubungi 03-2716 1000 sambungan 188 dan untuk pembelian voucher, sila hubungi 03-2716 1133/1132.

Sekiranya anda merancang untuk keluarga, syarikat atau komuniti, promosi ini adalah terbaik untuk direbut.

Galeri menu yang menarik:

Nasi, udang sambal, daging, asam pedas pari



 
Sayur-sayuran yang segar


Sambal belacan, cecalok

Bergambar dahulu sebelum makan - Blogger



Kurma, hidangan wajib
  
Rojak turut tersedia




ABC pasti menjadi kegemaran pengunung



Pencuci mulut yang menyelerakan

Kuih-muih, pasti ada



Aneka jenis bubur




Sate! Sedap!


Kambing bakar, tidak tertahan :)






  




Sup rusa, pernah makan?


Sesi beramah mesra bersama pengunjung

  
Bubur lambok


EmoticonEmoticon