29 June 2012

Bila domain expired tanpa sedar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Domain sangat penting kepada blog. Bagi yang menggunakan domain berbayar, perlu sentiasa di pembaharui setiap tahun kecuali anda telah beli untuk beberapa tahun.

Apabila domain sendiri telah disetup pada blogspot, subdomain blogspot tidak lagi berfungsi kerana ia akan di foward kepada custom domain yang anda beli.

Apabila domain tamat tempoh, blog tidak lagi boleh di akses. Ini terjadi kepada blog upkkl.com iaitu blog maklumat Pendidikan Khas di Kuala Lumpur. Kesannya, semua aplikasi yang melibatkan domain seperti webmail, docs tidak boleh dicapai.

Apabila disemak, didapati setting pada domain control banyak tidak dikemaskini. Oleh sebab itu, invoice dan maklumat berkaitan tidak dihantar. Semasa Sop menggunakan hosting, ada pula maklumat tentang pembaharuan domain dan hosting.

Apabila domain expired, untuk pulih dari renew makan masa beberapa hari juga untuk kembali pulih.

Untuk itu, pastikan domain anda diperbaharui awal sebelum tamat tempoh.



EmoticonEmoticon