19 June 2012

Berada di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu!

Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang merupakan kali pertama Sop menginap di sini. Sebelum ini pernah singgah tetapi sebentar sahaja. Bila pertama kali, pasti banyak perkara yang hendak ditulis bukan?

Sop berada di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang atas urusan kerja dan perjalanan ke ini bermula pada hari Jumaat hingga hari Ahad. Hari cuti pun kerja? Apa boleh buat, cari rezeki dan menurut arahan :) Ikuti pengalaman Sop berkonvoi ke Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang mengguna motosikal cup dalam entry di sini.

Hotel Seri Malaysia kebanyakkan mempunyai konsep yang sama sahaja untuk semua hotel mereka. Tidak kira di cawangan mana, pasti ada persamaannya antara hotel-hotelnya. Paling ketara ialah bangunan hotelnya.

Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang boleh dikatakan hotel yang menarik juga untuk berehat kerana ia berada di kawasan kampung yang agak sunyi. Pengunjung boleh berehat dan mencari ketenangan di sini.

Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang agak jauh sedikit dari pantai. View utama ialah ladang kelapa sawit. Untuk ke pantai, pengunjung perlu keluar sedikit dari kawasan hotel. Untuk berjalan, agak jauh juga :) Bagi yang inginkan suasana tepi pantai, view pantai, Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang ini tidak sesuai untuk anda. :)

Kemudahan yang disediakan di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang sama seperti Hotel Seri Malaysia yang lain iaitu seperti berikut:

  • Kolam renang
  • WiFi
  • Padang permainan 
  • Padang bola tampar, bola sepak)
  • Dewan
  • Kafeteria
  • Kedai runcit
  • TV
  • Set kopi
Bilik juga agak selesa yang mana kami diberi bilik 1 queen bed dan 1 single untuk 2 orang. Sofa juga disedikan dalam bilik. Ruang bilik juga adalah luas. Selesa untuk keluarga yang agak besar :)

Menu makan pula, variasi makanan adalah pelbagai dan boleh dikatakan sederhana. Rasa masakan adalah sedap :)

Kepada yang sedang mencari lokasi percutian, Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang boleh dipertimbangkan dalam senarai :)


Pintu masuk

Reception

Kafeteria

Tuang Lobi

Kaki lima depan bilik hotel

Ruang bilik hotel

Bilik air

View dari bilik

Kemudahan dalam bilik

Padang bola tampar

Kolam renang dewasa

Kolam renang kanak-kanak

Bangunan hotel


EmoticonEmoticon